Monday, August 10, 2009

cerita aku disini bosan

Salam semua yang disayangi...

Sekian lama aku mendiamkan diri dan malam ini aku di CC KB... mane tempat tu ???hanya yang mengenali aku yang lebih tau.. Masuk hari ini cukup 5 hari aku menghirup udara di kampung halaman..

Arini perjalanan untuk aku membuat blog terganggu bila anak2 jiran datang untuk bertemu dengan ku... mungkin sekian lama tidak bertemu masing2 rindu. Kenangan yang lalu sewaktu aku berada disini samada kenangan yang manis dan pahit bermain kembali di kepala aku ni.. hehe agak menyakitkan hati.. tu pasal aku tak nak kembali.. cukup selama 5 tahun perkara itu berlalu begitu sahaja.. Biar kata sahabat... bila dia gembira aku turut gembira.. mungkin aku akan mencoba untuk bahagia.. ah sudah cerita tentang itu

Arini memang betul2 boring.. famili aku semua bekerja termasuk ayahanda dan bonda... sangat2 berbeza dengan famili di Bote.. Aku berharap mak ayah aku pencen cepat so aku bleh temankan dorang.. Aku disini siang hari ditemankan Nenda. Kami sembang sama tapi nenda aku ni cakap bahasa bajau dan aku plak faham tapi payah nak ikut bukan lupa mungkin mengambil masa jugak. Sama ar mula2 aku datang semenanjung. Yang paling lawak bila aku ngan ayahanda pagi tadi bila die panggil aku, aku menjawab dengan perkataan YEEEE

Dalam aku mamai tu aku terdiam kembali dan aku fikirkan betulke aku cakap camtu..?? pastu sebelum aku kene ejek baik aku tutup mata tido balik hahahahaha. Aku malu sebenarnya selanga semenanjung masih fasih dibibir ini.. apetah lagi bahasa orang perak. aritu bila bercerita mengenai sambal ikan bilis dengan tempoyak waktu aku diperak aku ada cuba untuk buat tapi yang kurangnya takde TEMPOYAK.. bila aku bercerita dengan nenda yang aku da kecur liur nak makan sambal tu nenda aku mati2 ketawa.. aku risau gak yelah da berumur 75 tahun takut gak ade ape2 kang aku jugak yang risau. Tapi biarlah..aku suka tengok dia gelak.. hehehe aku tak panggil dia nenda tapi BUJANG.. sebab dia ar teman aku.

Em aku tak lama untuk menaip lagi ada masa aku taip di rumah dan aku upload di CC internet untuk 1315 tidak lagi boleh digunakan buat sementara waktu ni..
K la cau. mungkin malam ni aku berjumpa dengan majid.. jangan rsau sahabat ku aku hanya pulangkan surat2 chenta yang dulu.. disini aku tidak tau nak simpan di mana.. sebab surat2 tu jiwang nak mampus.. hehehe k la cau

0 comments:

Post a Comment

Komen la kalu berani hehe... dan Terima kasih atas komen anda semua... ::Melati Puteh::