Thursday, August 27, 2009

Aku di Bazaar

Salam blogger...

Arini da masuk puasa yang ke 6, dan arini merupakan ari yang pertama aku turun ke pekan dan pegi ke Baazar. Huhuhu aku naik motor ar merempit memang merempit.. setakat ni aku tengok aku sahaja yang bawak moto macam samseng huhu selain dari lelaki ar. Aku rasa pelik jugak ar kat pekan aku ni nak tengok perempuan bawak moto 0.5:10 hehehe

Ok cerita mengenai pekan baazar ni, aku kuar rumah seawal 415..sebenarnya aku malas nak kuar tapi mungkin disebabkan aku pun jarang kuar dan aku tak pernah lagi pegi ke bazar so aku kuatkan diri jugak ar untuk p.. hehehe Sampai aku kat sana aku tak tau ar nak beli ape tapi aku rasa nak beli murtabak... kegemarang aku. Tapi murtabak kat sini tak sama kat semenanjung yang aku pernah makan.. sebab kat sana ada murtabak ayam dan daging... tapi kat sini hanya murtabak sayur... i mean murtabak tu dicampur dengan telur (bahan asas), sayur kubis dan sayur daun bawang.. so itu sahaja la.. best tau sedap giler..

Hehehehe sebenarnya kan aku ni takut sedikit p ke bazar ni sebab aku ni akan membeli dan terus membeli tapi makan tak sangat. Hehehe tanya sahabat aku dia lebih tau, aku risau bujet hanya RM5 jadi RM10 plak so aku hanya pegi ke bazar dan beli hanya murtabak dan jugak kuih untuk ayah dan nenda tu je... so bujet aku setakat sampao ke rumah hanya :
Murtabak = RM2 (2keping)
Kuih pais Jagung = RM1 (5 ulas kot hehehe)
Cili = RM1(sayur sebenarnya tapi tak tau nak beli ape pun so beli lada jela hahahahaC)
Air tebu = RM1
so total aku hanya RM5 huhuhu berjaya mengawal duit yang da takde ni hahahahaha

Bazaar tu kat kawasan rumah lama aku. Tepi padang bola. Rumah lama aku plak atas bukit tu huhu best tau dekat situ dekat ngan pekan, kalu ada tamu besar senang nak tengok acara yang di buat kat padang tu. Rindu kenangan kat situ. Sebab aku membesar kat pekan ni la. Aku masih ingat lagi bila ada banjir besar kat kawasan KB dan ada kebakaran yang melibatkan kedai2 berdekatan dengan rumah kami.. Masih ingat dengan kegusaran dan kerisauan hati waktu tu.. hehehe lawak tul da hampir 10 tahun tapi masih lagi segar. Kemudian aku ada gak ke tempat yang selalu jadi tempat permainan aku dulu..rindu ngan semua tu lebih2 lagi anak2 jiran aku dulu best kawan2 dgn dorang....tapi sekarang ni ntah ape kabar plak dorang mungkin raya ni kami akan berjumpa lagi...

ok la tu je cerita setakat ni, aku ada amik beberapa gambar untuk diuploadkan cuma laptop yang aku gunakan ni bukan milik aku..so aku kene ar guna laptop aku. Ni tengah mencari duit sebagai modal nk amik celcom broadband aku tak tahan LIFE WITHOUT INTERNET!!

hehehehe

0 comments:

Post a Comment

Komen la kalu berani hehe... dan Terima kasih atas komen anda semua... ::Melati Puteh::