Tuesday, June 30, 2009

Dtengah Malam..

0 comments
Aku semput...

Sakit dada yang amat.. mungkin aku terlalu penat kot. Aku tidak berselera makan, tiada mood langsung.. mungkin aku terganggu

Malam ni aku ym dengan seorang teman..aduh pedih dan sakit. Makin aku mendengar makin aku keliru. Makin sesak dadaku.. Dan malam ni aku bentang kan tikar dan bersujud untuk memohon kepada yang Maha Adil.. Kerana DIA lebih mengetahui. Berikanlah peluang.....

Aku bermohon...
Aku merayu...
dan aku bersujud...

tenangkanlah jiwa dan ragaku.. aku mencari satu jawapan yang aku tidak temui. Dan tiada tempat untuk aku mengadu dan mendengar jawapan yang boleh meredakan hati...
Makin sesak dadaku.. pedih hehe

Sunday, June 28, 2009

~ANGELA~

0 comments
Maka Hidup Adalah Nista
Dusta Dan Paksa;
Hati Adalah Tiang
Dan Suluhnya adalah
Keindahan....

Maka Pertemuan Antara Jalan...
Antara Benci dan Dendam
Iman adalah Penghalangan...
Agar Tidak Berulang
Hari-hari yang Malang
Kan Mendatang

To' Kelana
15 April 2008

Hasil nukilan seorang sahabat mengenai buku ANUGERAH PERTAMA...Puisi yang diadaptasikan daripada jalan cerita ANGELA..

"Dia mencari dirinya yang hilang. Antara ilusi dan hakiki, dia harus buat pilihan. Anugerah Tuhan buatnya ini adalah suatu hikmah. Lantaran itu dia kembali tersedar bahawa kebahagiaan itu tidak pernah sirna. Lalu ini pilihannya..."

KESABARAN

0 comments


"Setiap KESABARAN akan diganti dengan KEMENANGAN
Setiap KEDUKAAN akan berganti dengan KEBAHAGIAAN
Setiap PERPISAHAN pasti akan bermula dengan satu PERTEMUAN
Setiap yang BERAKHIR akan bertukar dengan suatu PERMULAAN
Setiap KEJADIAN TUHAN pasti ada HIKMAHNYA...."


Tadi aku buka email.. lama tidak godek2 email... bila baca ni aku rasa agak sesuai untuk aku uploadkan disini... mungkin betul apa yang paling penting pegangan kita terhadap agama. Dan kita percaya apa yang Tuhan akan bagi.. tapi aku.. sukar.... mungkin aku masih lemah..

Betul kata ayahanda.. tiada tempat mengadu selain Allah..

Saturday, June 27, 2009

Tok Tua Sakti mencari Tok Kelana

0 comments
Awal perkenalan aku dengan Tok Kelana waktu mula2 datang ke Tanah Semenanjung dengan tujuan nak belajar.. huhuhu Kenangan 5 tahun yang lalu masih segar dalam ingatan aku.. Saat aku kenal Tok Kelana dalam program Orientasi kami satu kumpulan.. dengan gaya Tok Kelana yang simple dan bersahaja..rambut panjang, muka cengkung, hitam (gelap), dan pakai gelang tangan dibuat dari tempurung huhu.. tp dimula perkenalan Tok Kelana sangat membantu..bukan sahaja dengan ahli kumpulan malah dengan kumpulan yang lain. Sikap kepimpinan beliau dan yang ceria amat disenangi oleh semua pihak...

Tok Kelana amik program Pemasaran dan memang berbeza dengan aku yang amik bidang aku tidak minat sama sekali Perbankan dan Kewangan.. (sib baik lulus). Dalam perjalanan Tok Kelana untuk mendapatkan segulung ijazah memang mencabar..dari segi pelajaran dan jugak dari segi aktiviti dalam kolej.. Tok Kelana merupakan seorang President Kelab UMS yang ditubuh kan sejak tahun 2002 tak silap aku.. tapi kelab tersebut tenggelam timbul. Dan Tok Kelana serta rakan2 yang lain ada bersama berjuang membangunkan kembali kelab tersebut, tidak dinafikan kelab menjadi perhatian Dato Syukri.. Lagi yang paling hebat pernah kami buat dibawah pimpinan Harna dan ada Tok Kelana waktu dinner tahun bile da lupa..

Huhuhu ntah la kenapa tetiba aku nak menceritakan pasal Tok Kelana yang aku kenal dulu.. mungkin aku rindu sahabat itu.. Sejak zaman belajar sehinggalah zaman keja lagi Tok Kelana ni terkenal dengan sikap suka membantu orang, penyabar (sekali pun panas baran), bertindak mengikut akal dan fikir, suka berhujah dan suka memberi pendapat... kalu di masukkan lagi dengan Adik huh menjadi forum.. dan akulah tukang bertanya... sekali pun soalan bodoh aku suka tengok reaksi dan jawapan yang mereka berikan...tp masa berlalu begitu pantas.. zaman2 belajar sudah berlalu dan sekarang ni zaman kita membina kerjaya dan zaman kita membina keluarga.. Bila ke zaman ini Tok Kelana yang aku kenali dulu makin lama makin pudar.. dan pernah satu ketika dulu Tok Kelana hilang....

Setelah hampir setahun pindah keje ke tempat baru, suasana keje sangat2 berbeza.. komitmen tidak terlalu tinggi.. tapi yang pasti kene ada kualiti. Suasana keje seperti ini mengingatkan zaman2 belajar dulu sebab bleh duduk ramai2 dan ada aktiviti menghias floor macam dulu2.. Dia jugak turut terlibat dalam menghiaskan floor ...teringat waktu universiti. Di tempat keje yang baru ni jugak macam2 kawan yang ada. Hampir setahun setengah Tok Kelana hilang kini timbul Tok Tua Sakti.

Tok Tua Sakti sama seperti Tok Kelana cuma sikap dan perangai yang lebih baran, terlalu lemah, dan kadang2 hilang entah kemana.. Tapi syukur Allah masih sygkan Tok Kelana... Tok Tua Sakti beralih arah ke Perak. Dekat dengan keluarga; yang tersayang.. Oleh kerana aku pun ingin pulang ke sangkar lama. Aku bertemu dengan keluarga angkat tersayang, aku melepaskan rindu dan penat lelah bekerja di Bote. Saat aku pulang Tok Tua Sakti sangat berbeza.. keceriaan yang terpancar buat aku tidak lena dalam bas. Aku bersyukur.. Tp mungkin terlalu awl. Kerna perjalanan hidup Tok Tua Sakti masih panjang...

Kini segala musibah yang berlaku Tok Tua Sakti terima dengan redha.. dan disini bermulanya Tok Tua Sakti mencari Tok Kelana yang telah lama hilang.. Disini detiknya Tok Kelana kembali mengenal diri yang lama ditinggalkan. Daripada ceritera hidup semalam.. Tok Tua Sakti mula ke Pondok bermula pada titik permulaan hidup. Mengenal dan mencari diri Tok Kelana yang telah hilang 3 tahun lalu. Tapi AKU terasa semakin kehilangan samada Tok Tua Sakti mahupun Tok Kelana yang dulu. Kini orang yang aku kenali sejak 5 tahun yang lalu sangat2 berubah. Sehingga aku sendiri keliru. Bila detik ini aku amat takut untuk mengenalinya, biar suara yang bercerita itu ceria tapi disebalik tu penuh dendam dan marah, kecewa dan sedih. Pantang bergurau sedikit pantang bercakap lebih... DIA yang aku kenali mudah MELENTING, mudah MARAH, dan semakin lama semakin mengelak untuk bercakap dengan aku. Dan untuk sekelian kalinya... aku menangis.... untuk meluahkan kerisauan dan kesedihan yang terbuku dihati....

Tapi waktu ini aku kene faham... Tok Tua Sakti mencari Tok Kelana memang mengambil masa.. Mungkin DIA perlu untuk menyendiri, mencari kelemahan diri, mengenal kembali diri yang telah lama hilang.. Bg sahabat yang setia, hanya perlu memberi sokongan dan dorongan dari jauh

Tok Tua Sakti, andai ketemu dengan Tok Kelana.. jangan lupakan kami....

beri peluang..

0 comments
..bg peluang.. masih ada harapan lagi...

Jangan jadikan perkara ini terus keruh, Allah Maha Adil, mungkin ini ujian buat kalian...

Tolong beri peluang...

Friday, June 26, 2009

Maafkan Aku

0 comments
Maafkan aku..

Aku tidak tau bagaimana untuk betulkan keadaan, aku sudah mencuba banyak kali. Mungkin betul semua ini salah aku.. biarpun ada yang menidakkan nya.. Aku yang bersikap bodoh...

Aku tau dari aku puncanya dan semua ini berlaku. Dan aku tau penyesalan apa pun tidak akan dapat mengubah apa2 pun. Maafkan aku.. Aku sayang sahabatku... Kerana kau sahabat yang setia

Maafkan aku...Aku minta maaf

Moga dapat ku betulkan perkara ini.. aku bermohon.. harap2 aku dapat betulkan keadaan semula
Aku bermohon Ya Allah beri la aku peluang untuk membetulkan keadaan ini, kerna aku tau untuk ulang semula masa takkan berlaku... berilah aku peluang untuk betulkan keadaan

Monday, June 22, 2009

Kesedihan yang AMAT

4 comments
Hari ni detik jam 12 cukup 26 tahun aku dilahirkan dan membesar dimuka bumi ini... Tak sangka masa berlalu dengan begitu cepat.. sedang zaman aku kecil2 dulu masih segar dalam ingatan sehingga kini..dah 26 tahun aku SUDAH CUKUP DEWASA!

Em seperti yang dijangka sama seperti yang terjadi pada tahun2 lepas... aku tunggu SMS dari FAMILI aku.. dan sehingga detik 1230 aku masih tidak terima apa2 wishes pun dari mereka.. sungguh aku terkilan.. mungkin jugak famili aku terlupa.. tapi sekarang kan canggih Handphone bleh set reminder kalu takut terlupa.. Oleh Sebab Itu... TIADA ALASAN UNTUK TERLUPA.. tapi tidak mengapa mungkin jugak famili aku da tido, masing2 da keje kan..mungkin aku terima wishes esok... mungkin lusa... mungkin tahun depan.. atau mungkin aku memang tiada dalam kamus hidup dorang...siannya aku...

Tahun lepas pun aku terima SMS dari abg ipar aku sahaja... itu pun sudah lepas.. dannnn... ah sudah la nak cerita malas.. aku bukan mengharap hadiah yang mahal2 aku tak mengharap sambutan hari jadi sebab aku sendiri boleh buat.. tapi aku mengharap sangat biarpun kesibukan biarpun masing2 da ada komitmen lain.. cuma aku minta diINGATI sahaja.. lebih2 lagi famili aku sebab itu yang amat bermakna... tapi mungkin jugak aku ini bukan sape2... dan tiada makna pun...!!


Lagi sehingga detik ini.. aku terima SMS dari IJUN (sms pertama aku terima wishes untuk aku..huhu) dan Diya.. thanx kawan... dan memang sahabat aku melupakan aku...either Tok Tua Sakti atau Ad@m... orang paling penting dalam hidup aku selepas famili..orang ke2 yang aku harap2 kan!!! Tok Tua Sakti dah tido, dia tak ingat kot.. takpe lain tahun plak... itupun kalu masih ingat...sebab macam aku bagitau ar... aku pun mungkin bukan sape2 untuk dorang.. tak pe.. janji aku ingat kat korang.. hidup ini LUMRAH aku tidak akan sentiasa gembira... tp biar la aku melihat orang disekeliling aku gembira.. kerana sahabatku; kegembiraan kau adalah kegembiraan aku..!!

Sedih giler hidup ini....!!!!!!!!

nite....

Wednesday, June 17, 2009

Kenangan ku d'Bota

0 comments
Ok la ni gambar kami semasa ada kat BOTE aritu... aku tak dan nak cerita apa2 kat sini sebab aku memang tak ingat ape pun.. mungkin saat ini aku amat penat sebab semalam baru balik dari Bote sampai rumah dalam jam 1 am.. rasa nya lah.. huhu sungguh aku lupa sangat apa cerita yang ada... tapi bila aku kembali aku akan tambah sahaja cerita dalam entries ini k? sambil2 tu tengok2 ar gambar yang sempat kami amik tanpa edit... huhu
























Saturday, June 13, 2009

Salah aku ke??

2 comments
Kenapa semua ini berlaku???
Salah aku ker??
Aku tidak mahu dia terluka...kerana dia NYAWAKU, TAWAKU, TANGISKU....

"Ya Allah berikan lah dia kekuatan.. Berikan lah dia kebahagiaan.. Andai perlu Kau tarik kebahagiaan ku, aku rela... Kerana dia 'NYAWAKU'

Biar aku LILIN, janji dia gembira kerana aku turut gembira
Biar aku PIKUL BEBANNYA, janji dia bahagia kerana aku turut bahagia.."


Napa semua ni terjadi?Aku minta maaf...
MAAFKAN AKU!!!

Sunday, June 7, 2009

Kenangan di SSCC...

4 comments
Antara sahabat2 yang sudah meninggalkan SSCCKL... rindu sangat dengan semua sahabat2 lama.. mana2 gambar sahabat yg tidak di upload disini inform sy ok?nanti saya update...




Dalam gambar ni yang diingati JUJUE dan JAA..





Memori bersama PIJOT dan HAIZAD.

Pijot meneruskan kerjaya sebagai CIKGU &

Haizad mendapat offer yang lebih baik lagi.





Lela; sahabat nakal ngan manje.. huhu bertukar kerjaya





Pija.. bawah TM ada masalah bil refer dia hehehe






Mr Ayob our OD ke Taiping






Wazi ke PERKESO







Mohd Sufi beralih ke bidang pemasaran dan banker






Kak Yati : Berehat








B.O.B mengerjakan UMRAH sekarang ini dan akan berpindah ke TM






Osman : Sahabat yang aku sayangi beralih tugas ke
Kementerian Pendidikan.. sekian lama menunggu




Last but not least...SOON...





Saturday, June 6, 2009

Kangen Band - Kembali Pulang

0 comments



Bintang terlihat terang
aat dirimu datang
Cinta yang dulu hilang
Kini kembali pulang


Lihatlah dia mulai bernyanyi
Coba merangkai mimpi
Cinta yang dulu pergi
Kini kembali pulang


Wajahmu mengingatkan ku
Dengan kekasihku dulu
Wahah mu mengingatkan ku
Dengan masa laluku


REFF :


Kekasih yang dulu hilang
Kini dia tlah kembali pulang
Akan ku bawa dia terbang
Damai bersama bintang


Kekasih yang dulu hilang
Kini dia tlah kembali pulang
Betapa senang ku dendangkan
Dan takkan ku lepaskan


Wajahmu mengingatkan ku
Dengan kekasih ku dulu
Wajahmu mengingatkanku
Dengan masa laluku


Repeat REFF [2x]
jom enjoy lagu yang aku amat2 minat!!

Friday, June 5, 2009

Jom BOTE!!

1 comments
Last Nite I with ADAM went out to take DINNER...
I wait 4 him almost 2 hours & my empty stomach already calling me to be feed.. But no worries i wait for him at the same time i was chatting with my CHENTA.. i realy miss him.. i already set that we will meet this week but cannot!!.. So sad!!

Then our discussion : Adam give his reason why he late then he tell me that he just met his EX-GF then i just listen & my mouth keep eating hehe so hungry ma.. But also i listen to him & understanding the problem so so stupid that decision! I also meet my CHENTA thru chating but i'll take more that ONE YEAR to know each other. Then it take almost a few month then we meet.. That day what a SWEET MEMORY!! ish ape lak citer aku ni

Ok then back to Adam.. Adam keep telling bout her & keep sorry for himself.. Aiyo.. and what my worry was Adam will go back to SWK.. Althougth it is better for him but it difficult to do.. ARGhh it's hard to explain.. But no matter how i just support MUHAMMAD ADAM

Then our Planning : I will start OFFDAY on next Wednesday.. our planning is... If got car (Adam sister's car) we will back Tuesday nite. Wihooo best loh.. then the second plan if cannot maybe we will take LIMO PANJANG... hehehe I so excited.. i cannot wait to see him! ops our famili.. So happy then when get there i also want to see Wan Bote. Huh realy miss the old time!

~ladysweet~

Wednesday, June 3, 2009

huh tension

0 comments
LYDIA ngan IKMAL ...GADUH!!!

Sambungan cerita dari semalam... semalam punya la KECOH dorang gaduh giler LYDIA & IKMAL tapi arini lak ok gaduh pasal man merajuk je eh bukan MAN, tp MAL.. huhu gampang da tu arini lak Mal lambat masuk koje...terlambat sedikit salah tengok jadual.

Diya tanya "mana ikmal?"
aku jawab "ai, tanya plak ek?"
"dia duk bawah" aku tambah
"duk UG ke? napa duk UG?" tanya Diya
"majuk kat ko la sape suh" aku jawab
"padan muka dia" kata Diya ngan muka selenge huhuhu

huhu yelah padan muka da dia tanya sayang jugak ar tu aku pun SMS jugak la ikmal
Ikmal ko duk mana nti?lydia tye huhu ma bgtau ko duk UG kikikiki

Bile Ikmal sampai tau tau mal da duk kat 3A hehe lydia yang suh kate nya...
lawak jugak 2 beradik ni.. semalam bukan main.. hehehe

Habis cerita

Monday, June 1, 2009

Cepatnya masa berlalu

1 comments
Hari ini 1 Jun..

Banyak perkara berlaku arini.. tapi aku kan tengah cuti hehehe so arini aku tak jumpa lagi kawan2 yang lain. Aku bukan pe nanti mengimbau kenangan plak.

Yelah sahabat yang aku kenal lama tidak bersama kami lagi. Biar apa pun kami saudara..Saat aku kenal sahabat ni sejak 5 tahun yang lalu. Begitu banyak kenangan..antara suka dan duka. Waktu zaman belajar dan waktu bekerja macam2 huhu

Ntah la apa yang aku nak tulis disini.. yang pasti aku amat merindui sahabat aku, lepas ni Adam pulak akan balik ke Sarawak ish3 sakit hati dan sakit jiwa bila sorang demi sorang tinggalkan aku.

Aku sayang korang semua... tiada sahabat yang lebih baik selain dianggap sebagai saudara kandung sendiri.. Aku rindu korang semua... tiada siapa yang sanggup menemani aku bila suka dan duka..

Hehe aku tak buat banyak lagi ar kat sini sebab yang pasti aku balik kampung nanti ada ar citer best.. k la setakat ini dulu.. ADAM jom ar tambah aku punya blog ni ko bagi idea aku just post sini k?