Wednesday, July 29, 2009

Rancangan Aku

0 comments
Salam blogger,

Lama betul aku tak menaip sini..sejak aritu. Bukan pe ada idea tapi biarlah aku tulis kat notepad sampai masa nanti aku copy ar kat blog jika perlu. Aku hari ini sepatutnya kerja, tp aku amik awol dan seharusnya esok aku perlu amik MC ntah mana perlu aku dapatkan MC ni. Sabo je lah. Da cuti2 ni aku tak buat ape kat rumah cuma meluangkan masa sendiri sambil2 memblog. Sambil2 tu aku tengah fikir ape yang aku patut buat kat Sabah nanti...em..???

OK lah sebenarnya aku da ada plan... yang pertama sekali aku nak tanam sayur2an sekadar untuk makan sendiri. Yelah untuk mengisi masa lapang aku yang agak bosan nanti, lagipun teda sapa teman kan aku selain nenda. Selepas tu selain dari aku tido je baik aku belajar menjahit... jahit baju kurung biasa sudah.. esok2 bila da pandai aku tinggal beli kain je pastu aku jahit hehehe jimat ar kos mengupah jahit. Biasanya beli kain mahal2 pastu nak kene jahit kos lagi kan? baik aku jahit sendiri lagi senang.. hehe kain ela da ada dua kat aku nanti tinggal nak jahit je.

Ok la sikit je dulu nanti malam ada citer best aku sambung lagi.. aku nak buat koje ni...

Tuesday, July 21, 2009

Kita tutup "buku" lama dan buka "buku" baru...

0 comments
Salam..

Malam ni hatiku pilu sangat.. Pilu bila mendengar suara sayu seorang sahabat. Aku sendiri sayu kerana aku yakin pada mulanya aku mendapat perkhabaran yang baik. Dan dalam masa yang sama aku berusaha berdoa untuk semuanya berjalan dengan baik. Tapi.. mungkin ujian Allah tu masih belum selesai. Sekalipun gitu, Allah takkan membiarkan hamba2 nya bersendirian. Apa yang perlu bila yakin dan sentiasa berpegang pada agama. Kerna aku sendiri ingin bermula semula.

Kita tutup "buku" lama dan buka "buku" baru... Bermula pada huruf 'aliff'. Ini untuk aku jugak, sebelum ini aku sering alpa dengan duniawi. Sering tinggalkan sesuatu. Tapi kini aku ingin belajar semula.

Sahabatku, aku terlalu sayang dengan kamu.. sama seperti sahabat2 kita yang lain. Tiada kata yang mampu mengembirakan kamu dari ku.. cuma aku berharap kau jangan putus asa.. Kerna aku tau kau seorang yang tabah. Aku tau biar apa pun yang aku lakukan tidak akan mengubah sedikit pun perasaan duka mu. Tapi sungguh aku yakin. Kau antara insan yang terpilih..

Yakinlah dengan Allah..
Yakinlah dengan dirimu..

Perjuangan mu belum selesai.. sebagai seorang pendidik, sebagai seorang anak soleh, dan sebagai Khalifah.. Ayahanda dan bonda masih memerlukan mu, seperti sahabat mu memerlukan mu..

Jalan kau tempuhi penuh berliku,
Mencabar diri dan iman dikalbu,
Kuatkan diri tabahkan hati,
Allah sentiasa menemani dan merahmati..

Sunday, July 19, 2009

Aku buntu!!

0 comments
Aku buntu...

Aku betul2 buntu, nyata usaha aku selama ini menuju ke pengakhiranya. Aku sudah temui jawapan aku.. Memang aku orangnya. Aku berdiam diri dan memikirkan semula tindakan ku dulu. Dan jawapannya AKU.. tp tidak pernah terlintas ini semua terjadi. Tidak pernah mendoakan semua ni. Kerna aku tau.. apa yang aku lakukan hanya untuk menyakiti diri sendiri. Life is CIRCLE. What comes around, goes around! Tidak pernah aku lupai semua tu.

Aku Bukan PENGECUT!!!

0 comments
Ya Allah..
apa lagi yang mahu Kau tunjukkan..???

Wahai sahabat aku minta maaf... Aku PUNCANYA!!!
Tp Ya Allah, benda tu sudah terlalu lama berlalu.. dan sudah luput diingatan.. Aku tidak pernah mendoakan sedemikian.. Apa yang mungkin aku buat hanyalah untuk menyakitkan hati sahaja tapi tidak pernah aku BERSUMPAH! sepertimana di dakwa oleh nya. Buat apa aku mendoakan KETIDAKBAHAGIAAN seorang sahabat. Dulu terlalu kebudak2an tapi sungguh doaku bukan untuk musibah! Apa yang terjadi ni..???

Aku minta maaf... andai perlu aku jumpa semua orang untuk menyelesaikan masalah ni..Aku sanggup!! Aku bukan pengecut.. Andai betul aku bersalah aku takkan salahkan orang lain.. Aku sanggup melutut untuk dapatkan kemaafan. Aku sendiri perlukan penjelasan!Im not childish!!

Saturday, July 18, 2009

Aku dan Dirimu

0 comments
Salam semua...

Semalam nak cerita banyak tapi memandangkan aku ni tertido awl dan hanya terjaga pada awl pagi tadi huh abis ar cerita hahaha tapi kalu aku ingat kejadian semalam aku akan ceritakan...

Pagi tu cuaca mendung yg amat... gelap semacam je. Tapi setakat ni tak semendung hati ku.. Dalam hati ni da semakin lama semakin pudar apa yang aku hajati tu semakin aku keliru sebab sehingga kini aku masih tidak nampak apa yang aku perlukan.. mungkin betul ada tuhan nak bagi cuma belum masanya... Aku harap masa depan aku dan sahabat aku yang lain penuh dan kegembiraan..dan segala musibah kami terima dengan baik.. AMIN... kerana aku yakin Allah takkan biarkan umat Nya sendirian.. Sebab itu aku pun nak BERUBAH.. sudah terlalu lama aku tinggalkan.. hehehehe

Ok la cukup cerita itu aku cerita tentang di pejabat plak.. Aku cerita tentang teman aku:

IKMAL : Lawak jugak dia ni. Dia ada 1 Diary yang amatlah penting bg dia mungkin segala2 nya dicatatkan di sana. Aku ngan dia agak rapat gak la sejak 2 menjak ni. Mungkin kerana aku sunyi kot. Tapi bila cerita tentang diary seorang lelaki ni dia memang tak nak share langsung so aku pun biar jelah. Then pagi tu mungkin sebab kesilapan dia sendiri dan aku plak tak lagi 'mendung' kerana aku nak ceria jugak. So pagi tu dia kuar p toilet aku lak nampak buku tu "ditinggalkan" atas meja.. ntah napa hati nakal aku nak saje kene kan dia.. olh itu aku dengan cepat2 p sembunyikan buku tu hahahahahaha ..Tak sangka mungkin diary seorang lelaki tu terlalu penting... dia sepanjang masa tu senyap je tetiba bad mood.. lama jugak aku sembunyi buku tu dan selama itu la dia senyap je. Aku terlalu kesian tengok dia ni mane tak kejap2 tu tak nak layan orang, senyap je... Aku tak tahan then aku berilah buku tu..
"Ikmal, ko cari ape?"
"Buku aku hilang.."
"buku ni ke yang ko cari?"
sambil aku tunjuk buku tersebut kat dia
dia terus rampas dari tangan aku sambil2 buat muka2 merajuk hehehe aku plak siap gelakkan dia lagi.. hahahahaha lawak jugak adik ini
"ko ada baca ke?"
"aku tak baca, lain kali benda camni jangan suka2 letak atas meja je... sib baik aku amik kalu orang lain?"
huhu
dia terus buat muka majuk nya tu. Aku lak biarkan saje dia..dan sedikit demi sedikit dia akan cheer up.. tapi aku ada tegur gak dia huhu dan yang paling best bila aku dan ikmal berpandangan huhuhu then kami kata "huh" dan terus berpaling sambil2 majuk kahkahkahkah.. Dan itu la pertama kali aku gelak sepanjang minggu ni...


DIYA : Ni member best fren Man. Masing2 sayang sahabat masing2.. macam aku terangkan Man seorang teman yang betul mengambil berat dengan sahabat lain. Dari awl minggu tu lagi, Diya asyik marah aku je.. yelah dia bleh setting rehat sesama tapi aku je yang tak nak rehat mungkin mood aku low.. tapi jumaat lalu tu lepas aku gelakkan Ikmal aku turun bersama2 Zetty & Farhan. Dan kecoh memang kecoh ar macik ni.. dia bleh bising2 pasal aku turun makan dan dia bising2 mengenai Man tak reply sms dia dan tak call dia. Mengamuk ar macik ni... betul jugak dia cakap dulu kate takkan lost contact ni bila nak sms tak reply plak.. huhu da camni mane lagi dia nak bising2 kalu tak kat aku.. aku telan jelah macam2 alasan aku bg.. tengah driving ar, tengah jaga exam ar, tengah berak ar macam2 janji dia senyap huhuhu. Yelah masa tu dia perlukan masa untuk sendirian dan selesaikan keje sekolah. Aku pun tak sms sangat da.. takut dia BZ.. Lagi satu nanti nak ke Ipoh berkumpul kat sana aku punya ar sengal bila dia macam tak jadi nak datang je. Sakit hati bila aku da setting ngan sahabat lain. Huh tak nak kawan ar diya...

Hehehe da habis da cerita pasal dorang... semalam aku cuti. Aku duk umah sepanjang petang tu then jam 4 aku p rumah lama sahabat sambil2 menonton movie kat sana da takde koje lain kan.. Then dorang teman aku makan... yelah makan awl kan. Da lapo sangat lagipun dorang nak tengok MU vs Malaysia sekali sampai da habis haha ...ok la cukup cerita arini ari rabu nanti aku offday nanti cerita lagi.. huhu tak sabo nak balik Bote lagi bleh jumpa Ayahanda angkat... sekalipun begitu rindu ku pada keluarga semakin tinggi tp disamping tu aku rasa benci pada orang giler bodoh tu.. eee makin fikir makin sakit hati plak.. memang bodoh ar dia tu sampai camtu sekali!! sms orang tak sedar diri eee memang geram ar!!!!!

Friday, July 17, 2009

Hilang...???

0 comments
Day 2 & ....??

Pagi ni cuaca mendung.. seperti mana mendungnya hati aku. Semalam plak hujan sehingga pagi tu.. Seolah2 hujan tu turut merasai apa yang aku rasa kan... dan menemani malam ku.. Pagi rabu tu aku datang lewat ke office mengelakkan hujan dan aku malas dah koje.. Aku sampai sahaja aku duduk dengan Ikmal dan Zetty.. aku tengah2. Da 2 orang budak ni duduk sembang aku ar yang jadi pendengar yang setia.. Huhuhu sungguh pun malas nak layan tapi kadang2 sikap aku yang bersahaja tu boleh mendatangkan keceriaan hati mereka.. Lawak, tapi dorang ni budak2 dah pandai cerita lucah2 terutamanya Ikmal hampeh!! Sekali pun Boldbegitu Ikmal peneman setia aku.. dia "budak lagi" tapi sungguh dia memang pendengar setia.. cuma aku takut dia bosan dengan sikap aku yang agak pendiam.. macam Erni kata aku ni "HILANG" Sebabkan kami bertiga sudah malas nak layan call... kami buat concert kecil2 lan.. sambil mendengar lagu.. Aku mula nyanyi untuk part awl.. Ikmal sambung.. dan Zetty complaint.. huhu ape2 saje lah...

Hari ini macam biasa waktu tengahari aku masih tak turun bawah untuk lunch.. dan Diya da bising2 hehe bukan ape sahabatku.. aku cuma perlu masa untuk berfikir.. dan aku taknak aura dan ion2 negatif yang ada pada aku ni akan menyambar korang.. sekaligus membuat korang sama.. Aku lebih suka kalu korang ni ceria. Hehe lagipun cukup ar kenangan yang aku pernah ada dengan korang aku takut nanti aku pulak yang tidak sanggup meninggalkan korang saat aku pulang meninggalkan tanah semenanjung ni. Cukup apa yang pernah kita lalui bersama. Kerana aku sayang SAHABATKU..

Aku semalam membentangkan tikar..mohon untuk beri petunjuk.. sudah 2 malam tapi sehingga kini masih tiada jawapan.. Apakah sebab KETIDAKSEMPURNAAN atau sebab memang aku salah langkah.. Tapi takpe malam ni aku masih mencoba.. Mencoba untuk mencari petunjuk.. dan mencoba untuk membaiki ape yang pernah salah, meluruskan apa yang pernah dibengkok kan.. menerangi apa yang pernah kelam.. atas asbab aku sendiri yang leka dan cuai.

Saat ini, aku tertinggal sesuatu. Sejak kepulangan ku, tiada perkhabaran yang diutuskan kepada keluarga. Kini Ayahanda kurang sihat. Aku benar2 risau. Saat ini aku rasa aku sudah lupakan mereka. Aku ni anak derhaka!! Terlalu penting kan diri. InsyaAllah aku akan kembali sebab jasa mu sentiasa tersemat dihati...

Pertemuan mungkin terjadi.. Aku dan sahabat2 lain akan bertemu di Ipoh (insyaAllah kalu tiada aral melintang) Aku rasa pertemuan itu akan meninggalkan 1001 kenangan yang pernah dialami.. Semua rakan2 SSC turun. Mesti gamat kan.. sudah lama tidak berkumpul camni. Tidak mengapa mengambil masa yang agak lama dan mengambil ongkos yang tinggi janji BAHAGIA; KENANGAN TERCIPTA

Thursday, July 16, 2009

Mungkin juga

0 comments
Day 1

Bercerita tentang semalam... adikku pulang ke Sabah setelah tertinggal flight.. Aku tumpangkan dirumah lama sahabat ku. Aku terlalu rindu dengan adikku.. Setelah lama dia duduk di Indonesia baru ini aku ketemu.. Rasa tak nak berjauhan terlalu rindu, hehe. Malam tu tanpa segan silu aku temankan dia...

Semalam lepas tengahari kat office aku tak p lunch bukan pe da memang tabiat aku.. malas nak makan kat cafe. Kalu rajin je. Dan aku tido je kat office selama 45 minit sebab malam tu aku memang tak dapat nak tido. Aku terlalu memikirkan sesuatu.. terlalu runsing. Tapi sungguh aku tidak boleh tido hehe hanya aku menutup mata yang pedih sambil air mata aku mengalir.. mungkin sebab pedih sangat kot. Dan petang tu aku... terlalu sedih. Aku da tak bleh nak pikir ape2 lagi, aku sengaja sibok kan diri tanpa melayan rakan2 aku yang lain.. sampai diya marah2 aku. hehe aku diamkan diri je kang menjawab bertambah merajuk plak orang tua tu.

Petang tu jugak migrain aku datang.. alamak time2 ni jugak semua penyakit ada.. Aku memang tak bleh nak buat ape lagi aku kejap2 tido acw sehingga 15 min..Aku peduli ape dorang bising pun aku da nak berhenti. Aku cuma berfikir...berfikir....dan terus berfikir... Waktu balik pun aku berfikir, aku naik moto pun aku berfikir sehingga tayar moto aku kurang angin pun aku tak sedar. Tp aku tiada apa2 sihat je. Sampai rumah aku tak mandi tak solat dan tak ape pun... just buka baju then tido.. Dalam jam 9 camtu aku sedar, aku terima sms... dari Adam dan Idie ajak makan. Tapi sungguh aku tak larat.. Sakit kepala aku sehingga aku tak bleh nak buka mata. Malam tu aku tak jumpa dorang...

Aku terjaga dalam jam 2am then aku mandi..bersihkan diri dan mengerjakan ibadah. Aku tidak lepaskan peluang untuk buat solat hajat. Ntah lah mungkin aku terlalu rindu dengan famili aku...

Pagi ni plak hujan lebat. Aku p rumah sahabat lama.. aku nak amik botol air yang aku berikan kepada adik aku.. dan aku terlelap sekejap sehingga jam 830 sebab migrain aku tak hilang lagi. Lagipun pagi tu hujan... so aku amik peluang ar datang lambat,.. Sampai di office aku duduk dan teruskan kerja tanpa peduli sape2 pun... hahaha bak kata Erni aku ni LOST.. terlalu menyendiri.. huhu nak buat camne... tengahari tu kebetulan Aku, Diya dan Ikmal masa rehat yang sama... dan aku masih camtu aku tak turun makan pun... bila Diya naik dia punya ar bising2 kecoh satu office aku kene marah, pastu dia jugak marah2 sebab hal semalam.. aku just explain terlalu BZ..

Hehehe arini pun BZ sangat... Malam ni akan ku bentangkan tikar lagi.. kerana aku terlalu rindu.. tapi mungkin ini akhirnya...

Friday, July 10, 2009

Beg Pensel Aku HILANG!!!

0 comments
"doh...penting sangat ke pensel box tu..."

ish budak ni bleh plak dia sms kat aku camni... da tak penting tak ar aku tanya... ish3 sib baik ar aku syg kat dia ni hehehe
Aku sebenarnya sudah beberapa minggu mencari pensel box aku... sejak aku balik bote aritu.. aku bawak balik sebab mana tau sahabat aku nak pen bleh bagi je... da terlalu banyak pen kan... hehe aku sayang tau beg pensel tu.. banyak kenangan nye... aku kemana2 je bawak... kalu da bawak beg hijau tu hah tengok ar dalam lengkap siap buku lukisan, note book kecil, pensel box, makeup, macam budak2 sekolah dulu..sebab aku ni suka menulis... suka menconteng2.. dan suka melukis.. aku da tak bawak tas tangan da.. huhu bukan tomboi ar aku ni jenis yang simple.. JANJI HAPPY

Tabiat aku kalu aku kuar beli buku mesti cari pen jugak tau... tak kisah ar pen untuk tulis ke pen melukis ke, maker ke janji ada tak 2 beli 1.. pastu aku suka beli pen color plak tu... ish sakit hati plak... mane aku letak ni.. lagipun dalam tu memang banyak pen2 mahal serta stationary yg lain tu pasal aku sayang

uhuk3 sedih biar ar lain kali aku cari lagi.. mesti ada tu! Yakin ada!!

aku da cari kat office takde, kat umah takde, umah kawan ni pun takde... kat bote da suh ijun cari pun takde... warrrgghhhh sian pensel box tu hilang...!!!

Wednesday, July 8, 2009

warrgggghhhh!!

0 comments
warrgggghhhh sakitnya dada aku
camne nak hilangkan semput ni..

Semalam aku buat HOMEWORK aku.. transfer lagu sampai jam 230.. hehe aku ngantuk giler tapi asal aku baring je mesti aku tak leh nak bernafas!! aduh sakit giler dada ni..
Ntah jam berapa aku tertido..tapi tak lama tu jam 430 aku terima panggilan dari EHEM.. hehehe rindu jugak ar.. tapi waktu tu la semput aku menjadi2 hehe aku tak bercakap sangat.. dia lak asik buat lawak je makin menjadi2 ar semput aku nk tahan gelak lagi sakit dada lagi...

Tapi kejap je kami sembang sampai aku tertido.. dan awl pagi ni aku bangun semput aku masih ada.. mungkin sebab hujan, mungkin sejuk... atau mungkin aku sakit hati.

Hehe k la aku nak bersiap kang lambat lagi sape nak jawab...

Tercipta Untukku

0 comments
Cerita arini...

11am... Alhamdulillah.. aku menerima perkhabaran gembira.. dan harap ia terus dan kekal gembira. hehe tapi betul lumrah dunia.. kalu ada YA mesti ada TIDAK.. Kalu kita mahukan kejayaan kita mesti banyak korbankan yang lain.. hehe adat dunia

1140.. aku mula bergerak ke Office amik masa setengah jam untuk sampai dan dalam perjalanan aku hampir2 terbabas sebab mata ku masuk habuk.. aku tak nampak haha lagipun cover helmet aku da calar balar.. Sampai aku kat office aku memang da lambat giler dan aku memang takde mood langsung.. Aku ngn Ikmal duk jauh, aku ditempatkan agak terpinggir..

Hahahahahahahahahahahaha makin semput aku, diri aku dah flat gile... tambah pulak asyik dapat cust yang betul mencabar diri.. tapi syg aku betul2 tiada mood dan aku tak berdaya nak marah orang...

930.. aku nak balik.. tp Shah Alam hujan lebat.. Aku reda je.. Janji aku balik.. sampai Shah Alam tak ar hujan lebat tapi basah ar sikit. Then Idie ajak makan... ada ADIK... rindu ngan dia.. Kata sahabat "syoknye ramai2" hehe kenangan tu buat aku hanya sementara sahaja.. tp tidak bagi yang lain. Apa keseronokan yang aku perolehi bila mana aku terpaksa lepaskan sorang demi sorang sahabat aku...

Hehe percayalah 1 hari nanti bila bersua.. kita mungkin takkan jadi macam ni.. hehehehe berbahagialah sahabat2 ku disini... hahaha tapi ntah bila aku..!!!
hahahahahahahahaha.. ntah kenapa aku rasa diri aku sebagai PATUNG... kenapa ye?

Saturday, July 4, 2009

Selamat Hari Lahir

0 comments
04 Julai 2009 ; Sabtu

Selamat hari lahir buat sahabatku...
Moga hidup terus ceria dan kegembiraan sentiasa bersama mu
Allah sentiasa bersama dengan orang2 yang bersabar macam kamu... huhu
Aku mohon agar kau sentiasa sihat, selamat dan sejahtera.. dalam meniti hari2 usia yang semakin berlalu
Moga kau sentiasa dirahmati Allah!!
Kita Sahabat yang SETIA; Kita yang Terpilih
SELAMAT HARI LAHIR...



Kenangan mu :
Tahun 2007
Tahun 2009


Tahun 2008


Awal tahun 2009



Tahun 2008




Tahun 2009





Tahun 2009






Tahun 2009







Tahun 2006

maaflah susunan tidak mengikut tahun yang betul






Thursday, July 2, 2009

Kita Yang Terpilih

0 comments

Sahabat...
Apa jua keputusan mu, apa jua tindakan mu... aku sentiasa di belakang...
kerna kau sahabat yang baik.. kerna kau insan yang terpilih.. anggap sahaja ini dugaan..
Berharap dan bermohon ia berlalu dengan pantas
dan bersabar lah.. kerana ia menjanjikan kemenangan..
Dan aku sangat merindui aura keceriaan dan kegembiraan yang pernah kau bawakkan..
Moga ia terus akan menyinar...


alahai anak sapa la ni

Ad@m jumpa 'Hawa'

0 comments
Semalam lepas balik keje aku terus ke rumah Adam. Nak jumpa dia saje nak sembang2 lagipun rasa rindu dengan dia ni. Lama tak sembang.. Oh ye lupa ucap tahniah dapat anak sedara pompuan.. huhuhu bila aku ke rumah dia, Adam takde so aku ajak ar orang2 kat rumah tu keluar minum. Adam suh tunggu sebab dia bawak tv.. yelah ingatkan tv yang kecik je nape lak nak suh kami tunggu.. Elok Adam sampai aku punya terkejut rupa2nya tv 2 lagi besar dalam 32 inci kot.. em baru puashati.



Haha then cerita tentang Adam jumpa Hawa.. sebenarnya jumpa kawan lama jugak. Kawan2 zaman kuliah dulu. Aku rasa jumpa balik budak2 Sabahan.. Nk mencari jalan ke Presint 11 Putrajaya bukan susah senang je ...tapi nak mencari PANGSAPURI DAMAI punya la payah...susah hampir sejam lebih mencari jalan.. sib baik la malam. Ditambah dengan sejuk aircond kereta tak ar panazzz sangat huhu. Bila jumpa jalan dan jumpa pangsapuri tu, Adam da makin gelisah aku gelakkan je tu la gatal sangat... Aku rasa kekok jugak asalnya jumpa dorang ni yelah sekali pun satu kelas dulu mane ar rapat sangat kawan setakat nak tegur2 tu jadi ar ni plak nak rapat camtu.. tapi sib baik ar aku ngan Lisa pandai bawak diri.. sembang macam2. Oh ye lupa plak kawan yang kami nak jumpa ni Norlisa ngan Suhana.



Nak sembang bawah pangsapuri tu susah sikit so kami pun p ar cari Kedai Mamak yang masih buka. Dan situ sembang cerita kenkawan yang lama. Aku tak sangka Lisa sejak grade aritu belum pernah keja. Dan selama hampir 2 tahun ni memang dia duk umah saje la. EM.. aku cerita kan sedikit dengan kawan2 yang sempat kami sembangkan :



Suhana Abd Fatah : comfirm keje kat TMP Puchong.. selama setahun setengah da.. maksudnya sama seperti aku keje kat SSC.. habis ar kene maki je TMP Puchong ni.. haha

ST ROSE : awek ni da kawin da.. baru je kot rasa nya

Ermawati : tak tau betul atau tidak dan masih ingat atau tidak.. tulisan dia paling cantik macam typewriter.. dan geng2 dia dulu panggil dia "BONDA"

Maya : jadi tak tau apa terlalu banyak sangat duit kot berjalan sana sini.. baru2 tu lepas pulang dari Langkawi

Hehehe then yang lain tak tau apa berita.. masih ada kami disini itu sahaja hehe

cerita tentang KELMARIN

0 comments
Arini aku cuti, so aku menghabiskan masa awl pagi ni untuk buat entries baru... Tp cerita ape ek.. Oh ye, tanggal 30 Jun 2009 dekat office aku ramai yang da berhenti keje ada dalam 5 orang berhenti.. Miera (dapat keje baru), Mia (sambung belajar), Badrul (tak nk renew contract), Arzed (dapat keje baru), Syuhada (dapat guru ganti)..dalam bulan ni sahaja ada 5 orang berhenti comfirm DUTY ROSTER akan berubah..

Pastu semalam kawan aku KOMENG datang Shah Alam.. dan buat pertama kalinya aku jejakkan diri ke Stesen Bas Seksyen 17 dengan sendiri.. kalu difikirkan semula aku rasa sedih sebelum ini aku tidak pernah keluar sendiri tempat yang aku tidak biasa melainkan ada teman.. huhu kenapa aku tidak dapat kekalkan kenangan yang dulu.. huhu :( Sesat jugak la aku mencari jalan tp kalu ikut kata hati aku jalan tu sudah betul.. hehe main tibai je lah. Pas aku amik komeng kami balik dia bawak moto, kami singgah kat Kolej PTPL. Dia nk amik duit.. bila aku sampai perasaan aku sayu sangat.. terasa pilu sebab disini bermula segalanya.. dan aku tidak tau sekiranya aku masih berpeluang untuk melihat kolej ni.. hehe

Aku rasa sangat Flat sangat.. aku perlukan sahabat aku. Tapi lama lagi ar aku jumpa dia semakin aku risau. Em.. ntah la camne keadaanya bila aku balik nanti. Em cerita tentang KELMARIN jugak Eda Mon sudah naik jadi ACTING TRAINEE.. promote. Huhu nape la saat2 aku nak balik banyak buka kekosongan.. em tp betul la kata Din cerita tentang REZEKI tak siapa tau..

Ok la tu je