Tuesday, July 21, 2009

Kita tutup "buku" lama dan buka "buku" baru...

Salam..

Malam ni hatiku pilu sangat.. Pilu bila mendengar suara sayu seorang sahabat. Aku sendiri sayu kerana aku yakin pada mulanya aku mendapat perkhabaran yang baik. Dan dalam masa yang sama aku berusaha berdoa untuk semuanya berjalan dengan baik. Tapi.. mungkin ujian Allah tu masih belum selesai. Sekalipun gitu, Allah takkan membiarkan hamba2 nya bersendirian. Apa yang perlu bila yakin dan sentiasa berpegang pada agama. Kerna aku sendiri ingin bermula semula.

Kita tutup "buku" lama dan buka "buku" baru... Bermula pada huruf 'aliff'. Ini untuk aku jugak, sebelum ini aku sering alpa dengan duniawi. Sering tinggalkan sesuatu. Tapi kini aku ingin belajar semula.

Sahabatku, aku terlalu sayang dengan kamu.. sama seperti sahabat2 kita yang lain. Tiada kata yang mampu mengembirakan kamu dari ku.. cuma aku berharap kau jangan putus asa.. Kerna aku tau kau seorang yang tabah. Aku tau biar apa pun yang aku lakukan tidak akan mengubah sedikit pun perasaan duka mu. Tapi sungguh aku yakin. Kau antara insan yang terpilih..

Yakinlah dengan Allah..
Yakinlah dengan dirimu..

Perjuangan mu belum selesai.. sebagai seorang pendidik, sebagai seorang anak soleh, dan sebagai Khalifah.. Ayahanda dan bonda masih memerlukan mu, seperti sahabat mu memerlukan mu..

Jalan kau tempuhi penuh berliku,
Mencabar diri dan iman dikalbu,
Kuatkan diri tabahkan hati,
Allah sentiasa menemani dan merahmati..

0 comments:

Post a Comment

Komen la kalu berani hehe... dan Terima kasih atas komen anda semua... ::Melati Puteh::