Thursday, September 17, 2009

aku & keluarga aku

Salam buat insan yang amat dirindui...
salam buat ramadhan yang semakin meninggalkan kite

Hari ini keadaan aku memang hampeh.. dan hari ini merupakan banyak kenangan yang amat2 menyakitkan hati dan menyesakkan jiwa..

Yang pertama bila aku ketahuan sahabat aku masih bermimpi mengenai INSAN yang dulu. Aku sebenarnya tidak suke die bermimpi lagi. Biar die tenang tanpa gangguan. Ntah sebaik sahaje aku dengar cerita itu aku langsung tidak bersemangat menempuh hari2 ini.. Kenapa masih ade lagi cerita ini..sedangkan INSAN itu sudah merase kebahagiaan yang dia harap2kan?Ape sebenarnya yang ditunjukkan dan ape sebenarnya tujuan? Pada siapa yang aku patut luahkan dan pada siapa sebenarnya salah. Untuk menguji hatinya ataupun untuk menyakitkan hatinya..???Aku tau aku tidak selayaknya berkata demikian.. tapi aku risau akan dirinya..
Ya Allah...
Permudahkan lah segala urusan SAHABATKU...
Dan aku bermohon pertolongan atas kekuasaan mu Ya Allah..
Sembuhkanlah INSAN yang telah Engkau sakitkan..
Lepaskanlah INSAN itu dari belengu Jin dan Syaitan.
Kerna mereka ini adalah makhluk hamba mu Ya Allah..
Dan Kau Maha Berkuasa..
Bantulah hamba mu ini..
bukan kebencian yang dipinta
bukan fitnah yang diluahkan
biar sesungguhnya hati ini benci, hati ini sangsi tp
sekalipun aku masih mengharap dan yang pasti
KEREDHAAN yang ku pohon..
Aminnn

Dan peristiwa yang kedua bila aku dan sahabat aku bersms mula untuk menaikkan bait2 kemarahan antara satu sama lain... yang pasti itu sebentar sahaja..

Peristiwa PANIK berlaku tadi.. bila mana anak sedara lelaki aku ANIQ SYAHMI telah meminum spirit.. em pasti tau kan.. kalu tidak sukarlah untuk aku jelaskan disini. Aku menangis tadi. Seawal pagi aku dihadapan TV bersama2 adik perempuan aku untuk menyusun buku Mak. Mak Ayah aku di dapur sebab baru sahaja balik dari pasar. Kakak aku mandi dan husband die tak tau kemane.. Abang dan adik (anak sedara aku ni la lelaki dan pompuan). Dorang ni pantang masuk bilik nenek dorang untuk amik barang2 yang jarang dorang temui. Untuk makluman dalam bilik ayah dan mak aku ni serba serbi lengkap.. ish payah nak cakap lengkap camne tapi lengkap ar sehinggakan spirit pun ade.. Dalam beberapa minit kemudian aku terfikir dan teringat abg dan adik yang masuk bilik nenek mereka.. senyap sahaje... dan kemudian kedengaran abg seperti muntah dan menangis.. aku pergi dapatkan dorang. Dan aku dapati dia memegang penutup botol yang berbau spirit.. (kondisi botol spirit tersebut dalam botol air mineral water.. dan spirit tu color air biasa..sudah tentu budak2 akan menjangka hanya air biasa kan) bila aku terhidu bau spirit tu aku da panik dan pening dalam fikiran aku tak nak ank buah aku mati.. aku dalam kelam kabut aku jerit mama dan terus ke dapur untuk muntahkan abg..mula2 mak aku buat dia tak nak aku pun da tunggangkan die pastu adik aku buat dan aku pun sama tapi tidak jugak.

Aku mula rasa nak nangis dan aku sangat2 risaukan Abg. Aku dan adik perempuan aku paksa dia muntah tapi die tak nk seolah2 menahan dari keluar. Abg hanya jerit "i want mama" aku da tak boleh paksa dia dan dada aku da semakin sesak. Aku makin risau dalam keadaan aku panik aku pujuk dia untuk muntahkan je tapi die masih mau mama die. Aku hanya serahkan kepada baba Abg supaya dia boleh memujuk anaknye... tapi hampeh!! Aku rasa tertekan melihat dia hanya bersahaja. Dan dia hanya meleraikan situasi itu.. aku bercakap dengan mak aku, aku ceritakan detik aku nampak die menelan air spirit tu.. dan aku mula menangis bila baba abg tidak buat apa2 pun.. Bila da selesai abg menangis dia tidak langsung bertanya anaknya.. Sungguh aku menangis semahu2nya dan aku kecewa sangat2... bila aku bertanya keadaan abg aniq (yg mana aku berharap dia bertanya jika terminum atau tidak) apa yang dijawabnya "sudahlah tu jangan lah dipanjang2kan cerita, nanti bawak jak p hospital" lebih kurang camtu je ayt die.. Aku punya ar marah, nak saje aku jawab ape yang die cakap tu. Memang bodoh!!!! Aku semakin menangis bila dia cakap camtu..sekalipun mungkin dia menyenangkan ape yang aku dengar bawak ke hospital..aku tengok tak pun.. kalu betul tak nak jage ank die serahkan pada aku je.. biar aku bela. Aku nampak ape yang abg buat...bukan aku benci ank sedara aku..Agk lama jgk aku menangis dan adik aku hanya tunduk diam.. rupa2 nya dia jugak marah. Dia jugak kata memang bodoh ar camtu. Aku memang risau, ape yang adik aku katekan bile kesan tu memang akan mengambil masa aku lagi risau.


Tapi yang lawaknya bila aku ngan adik aku sembang sambil buat kuih aku tak sangka, tak sangka sangat dia ni kuat gak membebel.. kuat jugak merungut2 pasal tu. Aku dalam sedih tu sempat tergelak bila melayan dia membebel hehe..Aku harap abg tiada apa2 masalah..

Em hari ini memang penuh dugaan hati aku...
~Abg Aniq, Adik Auni...auntie sayang sama abg ngan adik....~

0 comments:

Post a Comment

Komen la kalu berani hehe... dan Terima kasih atas komen anda semua... ::Melati Puteh::