Salam 2009
Wah da masuk 2009 kan. Cepat sungguh masa berlalu, tak de citer yang best kat sini. Macam biasa aku ngan sahabat aku still keje kat tempat lama. Tempat aku keje ramai da yang blah masing dapat keja yang baru dan juga yang nak balik kampung untuk kahwin. Ade yang dapat tawaran untuk menjadi GURU, yang dapat keje kat TGANU hehe best betul dorang. Aku lak bukan tak nak cari keje tempat lain tapi aku nak cuba untuk kenaikan pangkat kat sini. Aku nak tukar jawatan hehe.
Oh ye cerita pasal kengkawan yang da berhenti keje antaranya sahabat baik aku MZERO. Dia da dapat tempat keje yang dekat ngan tempat tinggal dia. Ok la jugakkan at least dia takde lagi nak AWOL. Last day aritu pun 31st dec dia bleh awol tp datang office gak la nak pulangkan passcard & headset. Ramai yang jumpa dia wish him GUD LUCK hehehe. Yelah Mzero antara sahabat aku yang baik sekali. Biarpun kami jarang bersama but we still looking each other. Malam 31st Dec tu jugak aku ngan kengkawan yang lain berkumpul dan makan malam sama2 biarpun aku dah lambat balik. Yelah aku balik jam 730 aritu then aku terus gi GIANT beli barang masak. Aku da roger adik untuk prepare dan masak. Em malam tu jugak sempena tahun baru kami jugak sambut Birthday adik. Tapi takde kek ar. Ingatkan nk beli tapi dah dia kata tak payah... Malam tu aku da roger kawan2 aku siap2 kita berkumpul. Dan ape yang jadi AKU BERJAYA!!! hehe seronok tau.
Cerita malam tu plak, kami masak Meehon Sup Ayam + Cendawan, Nuget Ayam, Kentang Goreng, tidak lupa jugak Oren jus. Wah makanan malam tu so simple. Tapi best sebab dapat jumpa semula geng2 lama. Kami bukan nya jauh pun dekat2 je, tapi disebabkan masing2 sibuk dengan karier sendiri dan tak dapat cuti bersama sebab tu la payah nk kumpul. Tarikh setahun 31st Dec 08 dan 1st Jan 09 memang bermakna. Disamping kami sambut Birthday adik. Em malam tu macam2 cerita kami cerita apa yang terjadi sepanjang tahun 2008 (secara ringkasnya) Adik2 pompuan plak nk KAWEN da huhu muda lagi. Jodoh da sampai kan. Biarla janji dorang komited dengan famili masing2.
Em perancangan terbaru kami semua CAMPING!! Huhuhu tempat dan waktunya belum ditentu kan lagi. Untuk minggu pertama ni dan minggu kedua masing2 masih sibuk. Tapi kalu ada cerita terbaru untuk camping tu akan ku upload kan disini... setiap detik yang kami akan buat. Hehehe...
Ok la till next time....see ya
~sweetmemories~
ikan todak;aku:
-
Assalamualaikum dan salam kasih sayang, semalam teman pi beli barang dapur
kat manjung, tetiba teman nampak binatang ni dan korang pun kenal kan
hehehehe....
13 years ago

0 comments:
Post a Comment
Komen la kalu berani hehe... dan Terima kasih atas komen anda semua... ::Melati Puteh::