Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts

Wednesday, December 19, 2012

Aku pun tidak tau

0 comments
Assalammualaikum... em ada jgk cerita mo dikongsikan bersama..

FACEBOOK?adalah salah satu cara untuk berkongsi pendapat, ilmu, maklumat, iklan, menambah kenalan dan mengeratkan silaturahim.

Tapi BUKAN untuk meluahkan permasalahan termasuklah mengutuk dan memperlekehkan pasangan, keluarga dan saudara.

Bagi AKU: bila kita ada masalah, selesaikan cara baik. bila tidak dapat selesaikan masalah dengan baik pada WAKTU itu juga, bagi ruang (jarak dan masa) kemudian baru berbincang balik. Mencari kawan lain untuk meluahkan boleh tapi carilah YANG BOLEH DIPERCAYAI jangan cari kawan yang hanya (pura2) menjadi sahabat baik, nanti dia dengar apa yang ko ceritakan pastu dia pun pass kat orang lain. lebih2 lagi dalam FB.

BLOG? boleh tp mahu meluahkan disitu jgn la yang sensitif sangat. nti menyusahkan diri. kang menjadi isu plak. bila si isteri atau si suami membaca. bukan plak tambah baik nti tambah huru hara jadinya. kalu iya pun kita luahkan diblog biarlah blog tu tidak ada identiti kita. nti melemahkan diri jer..huhu

EM.. apa lagi?itu jak la, apa yang aku cuba sampaikan BERHATI-HATI jak selalu.

Monday, November 30, 2009

Jemputan perkahwinan

0 comments
::Selamat Pengantin Baru::
Buat NorBaizura Rakan Seperjuangan di SSCC dulu
Terima Kasih Kerana Menjemput aku tapi maaf rakan, aku tidak dapat menghadirkan diri
Jauh da yang... huhuhu


Dalam surah An-Nur ayat 26, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya lelaki-lelaki yang baik adalah untuk perempuan baik; perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik. Sebaliknya, lelaki yang jahat adalah untuk perempuan-perempuan yang jahat: perempuan-perempuan yang jahat untuk lelaki-lelaki yang jahat pula."

Ringkasnya, kalau satu-satu pasangan itu berjaya memahami dan mengamalkan konsep ibadah dalam perkahwinan, maka kebahagiaan dan ketenteraman hidup itu boleh dicapai. Kerana konsep ibadah itu ialah konsep hidup bersih. Bersih lahir dan bersih batin. Tidak ada ibadah yang berasaskan kekotoran hati atau hasad. Inilah keindahan Islam bagi kehidupan manusia berumahtangga, berkeluarga, dan bermasyarakat.


::Ceritera Lady::