Showing posts with label Ceritera lady. Show all posts
Showing posts with label Ceritera lady. Show all posts

Monday, November 30, 2009

Jemputan perkahwinan

0 comments
::Selamat Pengantin Baru::
Buat NorBaizura Rakan Seperjuangan di SSCC dulu
Terima Kasih Kerana Menjemput aku tapi maaf rakan, aku tidak dapat menghadirkan diri
Jauh da yang... huhuhu


Dalam surah An-Nur ayat 26, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya lelaki-lelaki yang baik adalah untuk perempuan baik; perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik. Sebaliknya, lelaki yang jahat adalah untuk perempuan-perempuan yang jahat: perempuan-perempuan yang jahat untuk lelaki-lelaki yang jahat pula."

Ringkasnya, kalau satu-satu pasangan itu berjaya memahami dan mengamalkan konsep ibadah dalam perkahwinan, maka kebahagiaan dan ketenteraman hidup itu boleh dicapai. Kerana konsep ibadah itu ialah konsep hidup bersih. Bersih lahir dan bersih batin. Tidak ada ibadah yang berasaskan kekotoran hati atau hasad. Inilah keindahan Islam bagi kehidupan manusia berumahtangga, berkeluarga, dan bermasyarakat.


::Ceritera Lady::

Sunday, November 29, 2009

Majlis itu...

0 comments
InsyaAllah Semua akan berjalan dengan lancar

Rumah ini sudah lama tidak ada majlis. Sepanjang ketiadaan aku, tak tau plak.. tapi yang pasti majlis pertunangan akan bertandang lagi...13 Dec 2009

Aku pulak pasti akan bz pada saat minggu2 terakhir itu nanti.. Sib baik adik aku pulang bleh ar buat hantaran tu nanti.. sudah dibincang2kan mungkin 7 berbalas 9... tapi sempat ker?Hantaran?barang2?adoyei....

Tapi ape2 pun aku berharap majlis itu nanti berjalan dengan lancar.. dan aku berharap sangat kan best kalu ada sahabat2 aku disini.. Osman ngan Adam...

lebih lanjut lagi nanti aku ceritakan ok?syg semua

::Ceritera Lady::

Friday, November 27, 2009

Hari Raya HAJI

0 comments
Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda:

Maksudnya:
“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959.

Aidiladha juga diberi gelaran sebagai hari raya haji kerana ia diraikan ketika umat Islam mengerjakan salah satu dari amal ibadah yang termasuk di dalam rukun Islam yang lima, iaitu ibadah haji. Di samping itu, Aidiladha juga dikenali sebagai hari raya korban kerana antara syiar semasa merayakannya adalah mengorbankan haiwan seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri.

Ibadah korban dilakukan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat kepada perintah ALLAH. Namun, berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka ALLAH telah menggantikannya dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu. Peristiwa ini telah dirakamkan oleh ALLAH sebagaimana firman ALLAH S.W.T:

"Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya ALLAH, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.

Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah ALLAH itu), Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. (KAMI sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah KAMI).

Lantas KAMI menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya KAMI membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan KAMI tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar serta KAMI kekalkan baginya (nama yang harum) di kalangan orang-orang yang datang terkemudian." – Surah al-Soffaat: 101-108.


::Salam AidilAdha::
::Buat semua Sahabat, Keluarga tercinta dan Kanda::

Sunday, November 22, 2009

Happy Birthday

0 comments
:: Kenangan Ini INDAH::

::Selamat hari lahir buat kamu sahabat ku MOHD AZWAN BIN HAZIM::
::22 NOV 2009::
::Moga terus ceria dan dimurahkan rezeki bagi kamu::
::Aku rindu akan kenangan kita::
::Rindu sangat::



Layan Lagu

0 comments
Jom dengar lagu ini.... best aku berulangkali dengar...

::Munajat Cinta~ By Ahmad Dhani::

Malam ini, ku sendiri,
tak ada yang, menemani,
seperti malam-malam,
yang sudah, sudah

Hati ini, selalu sepi,
tak ada yang, menghiasi,
seperti cinta ini,
yang s’lalu, pupus

Tuhan kirimkanlah aku,
kekasih yang, baik hati,
yang mencintai aku,
apa adanya

Mawar ini, semakin layu,
tak ada yang, memiliki,
seperti, aku ini,
semakin, pupus

Saturday, November 21, 2009

menulis puisi; LADY (vol.2)

0 comments
Bila LADY menulis puisi merapu2 (Bahagian 2)

::SEPI ITU INDAH::

Hari ini aku mencari
Teman Ketawaku
Tangisku
Tetapi AKU kelu..

Pabila malam ku mencari sinar
Cahaya bulan
Cahaya kegirangan
Tetapi AKU kelam..

Malam ini aku mencari diri
Tanpa teman
Tanpa bicara dan kata2
Bila diam dan bisu
SEPI datang menyapa..

Dalam SEPI mencari diri
Kenal pada hati
Timbul rasa sayu
Kerna AKU pilu..

Kini aku tau
Kenangan itu hanya mimpi
yang hanya terus berlalu
meninggalkan diri dan AKU...

Biar AKU terus SEPI
Kerna aku adalah AKU
AKU Setia disini
dan yang pasti
Sepi itu INDAH

::Ceritera Lady::

semalam

0 comments
Salam buat semua...

Hari ini aku tidak berapa sihat sakit kepala dan demam... Semalam aku p kampung esok kenduri kawen macik aku.. lama tak jumpe sekian lama tak jumpa lastly tau da nak kawen da... hehe
Ape2 pun tahniah buat MAZNAH BINTI HJ HAMID moga terus bahagia dan sentiasa dirahmati Allah.

Sebab demam ni cuaca kat sini hujan jer badan aku memang tak tahan sangat cuace sejuk ni ...memang hampeh ar kalu malam ngan hujan comfirm ar selsema.Mandi jangan citer ar huhuhuhu.
Aku sakit kepala ni ngan demam ni sebab makan sup ar semalam. Punya ar sakit kepala aku!! Aku makan sikit jer sampai rumah aku terus muntah, mandi (sejuk2 pun mandi dan basahkan kepala) harap2 tak ar sakit kepala pastu da habis tu aku terus pengsan... aku tak ingat semalam jam berapa aku tido dan last ape aku buat. Tapi sib baik laptop aku tak buka semalam...

Pagi ni erm... bad mood!! takde mood langsung!mate aku asik berair jer.. erm da ar layan fb dulu then nak tido ni sakit kepala tak tahan siutttt

Wednesday, November 11, 2009

Selamat Hari Jadi!!! :)

0 comments
::Selamat Hari Lahir Buat KU NURUL BINTI KU SHAFIE::
.::10 November 2009::.
>:: Moga ceria selalu dan sentiasa dilindungi Allah::<




::Selamat Hari Lahir Buat AZURA BINTI ZAKARIA::
.::11 November 2009::.
>::Moga ceria2 selalu, dan berharap kegembiraan tu sentiasa bersama Azura::<


Tiada hadiah yang dapat aku berikan tapi hanya sebuah persahabatan yang tulus ikhlas
Moga kita terus bersama dan kekal bersahabat selamanya
Andai aku pergi dulu tiada yang aku harapkan selain dari doamu untuk ku
SAHABAT

::Ceritera Lady::

Tuesday, November 10, 2009

Khabar berita...

0 comments
Hari ini aku dengar khabar yang tidak menyenangkan kerana aku MANUSIA yang masih mempunyai akal fikiran serta masih mempunyai hati..

Khabar 1 : Ayah Sahabat kepada TOKTUASAKTI iaitu Cikgu Mat masuk ICU ats sebab kecederaan di kepala akibat dilanggar BABI UTAN. Dengar cerita ayah cikgu mat ni hilang ingatan disebabkan darah beku diotak.. Sahabat aku serta cikgu2 sekolah tersebut berpakat ramai2 datang melawat beliau...Doa2kan hanya sementara sahaja dan moga cepat sembuh... (Khabar dari TokTuaSakti)

Khabar 2 : Hari ini jugak aku dapat berita bahawa sahabat kami a.k.a pengajar kami sewaktu diSSCC dulu masuk ICU koma tidak sedarkan diri tapi kini dalam keadaan stabil.. dengar cerita sebab ASMA.. dan jugak sebab rokok.. orang sedut inhaler die sedut rokok tu camtu tu..Astaqfirullah...
(Khabar dari SSCCKL)

Moga2 dorang semua cepat sembuh.... aminnnn

::Ceritera Lady::

Saturday, November 7, 2009

Bosan ke?

0 comments
Salam KEBOSANAN YANG TERLAMPAU

Boring tul hari ini... dari semalam lagi.. Aku bosan sangat. Semalam aku da duduk dalam bilik nk online chatting.. hehe bleh ar sembang2 tapi macam tak lama je... ntah aku pun ingat2 lupe ape yang aku sembangkan semalam.. pastu sib baik kawan aku NADIA BELLINA update aku dengan NUR KASIH kat TV3... OMG aku memang hampir2 terlupa.. Aku terus kuar dan terus tengok TV.. dari mane die update aku??? FACEBOOK ar...

Sambil2 tengok TV tu aku pun online gak bile iklan.. biasa ar TV3 kaya dengan IKLAN... aku bleh ar chatting em.. chatting sangat kot! Da ar yang best nya sambil2 tengok tv ni sempat lagi gaduh ngan BONDA.. tau nape?biarlah rahsia... AYAHANDA pun da bising2 perangai bonda camtu! ish3... ni yang menjadikan rancangan hiburan ini menjadi HARAM!

Em bile tengok ragam kat umah ni dengan channel masing2 memang lawak..
AYAHANDA = channel 121(rancangan SUAMI2 TAKUT ISTERI...lawak tau), channel AWANI dan channel ZEE
BONDA = semua channel yang penting ade nyanyian.. termasuk ar 180
AKU = channel 701 (AXN), 702 (HALLMARK), 703 (AFC) yang lain2 ikut rancangan waktu tu...
macam~

Hari ini plak keluarga kakak balik... Auni tak nak ngan aku da...sedey

Hari ini jugak aku rasa sunyi sangat... tiada lagi gurau senda.. tiada lagi diskusi... tiada lagi perkongsian... dan AKU RINDU ITU..

SUDAH AR LADY... KO AKAN DIPANGGIL BILA DIPERLUKAN....

em.. sekali pun gitu aku amat2 ar happy bila aku minum 3 GELAS NESCAFE arini hahahahahaha

::Ceritera Lady::