Thursday, August 27, 2009

Sejarah SesiburSenja

0 comments
Salam buat sahabat yang dikasihi,

Em... aku ni ntah kenapa tetiba ada plak nak diceritakan.. Ini sebab nya blog dari sahabat aku ar. Aku ni merupakan salah seorang peminat setia untuk blog SesiburSenja. Aku amat2 menyukai blog tu. Hehehe mungkin itu merupakan blog penghibur hatiku. Yelah dengan blog tersebut aku tau sedikit sebanyak hati penulisnya. Ceria ke, muram suram ke hehehe tu yang pasti tau. Sebab tu la aku ni jadi peminat setia.. Setiap kali buka internet mesti mulakan dengan Blog SesiburSenja itu satu kewajiban.. (up lagi 30%) hehehehe nape ngan 30% tu hehehe nanti2 la aku cakap.Tapi rasanya TokTuaSakti je yang tau hahahaha

Aku masih ingat lagi waktu kami tengah mencari NAMA untuk blog ni bersungguh2!!aku pun tak macam tu. Yelah aku punya blog pun da berapa kali aku tukar sebab nak mengelak dari "orang" yang sentiasa cakap aku ganggu dia. Padahal tujuan aku JELAS. Sekali pun dengan blog aku ni, aku da tak kisah da.. EH menyimpang lak.. Ok malam yang mana kami mencari nama blog ni. Telah lewat malam tau waktu itu Ijun ada sekali. Aku ingat sangat waktu tu siap ada kamus Bahasa Melayu lagi untuk mencari maksud sesibur... ish3 pada awlnya blog pondokburok pun da cantik sangat tapi lama kelamaan blog untuk sesibursenja ni lagi menarik.. Aku masih ingat lagi... waktu tu punya lah payah aku dengan siap semua nama yang berkemungkinan dan dia dan ijun siap tengok Kamus Melayu mencari maksud.Pada awlnya aku pelik jugak blog ni jadi camtu sampai nak pilih2 plak siap tengok kamus tapi kini aku faham..Dan yang pasti dulu aku tak tau maksud TERBANG TINGGI MENUJU CAHAYA... tapi kini..... Tau tak dulu aku ingat maksudnya sesibur ni sesat dengan cahaya lampu.. hehehe rupa2nya lain.. kini aku faham dan mengerti...ingat lagi blog pertama sekali yang beliau update kan dengan Ayat Al Fatehah

Bismillahhirrahmannirrahim ;

Atas puji- pujian Tuhan Semesta Alam,
Selawat dan Salam atas Rasul junjungan.
" Pembuka Bicara untuk BLOG yang pertama"
-Assalamualaikum dan salam persahabatan-


Tok Tua Sakti
25 Mei 2009
Gua Bukit Jelutong

Dan kini blog ini memang memberansangkan otak. Aku sangat happy buat TokTuaSakti..Moga semua yang dibuat dan tujuan blog ini tercapai... Wish u luck my deary Friend...muaaahhhh hehehehehehe

LadyExora VS TokTuaSakti

0 comments

Aku pelik apesal VISITOR, SESIBURSENJA lagi tinggi dari LADY SWEET MEMORIES???

sedangkan aku lagi awl dari dia... emmmm

Aku di Bazaar

0 comments
Salam blogger...

Arini da masuk puasa yang ke 6, dan arini merupakan ari yang pertama aku turun ke pekan dan pegi ke Baazar. Huhuhu aku naik motor ar merempit memang merempit.. setakat ni aku tengok aku sahaja yang bawak moto macam samseng huhu selain dari lelaki ar. Aku rasa pelik jugak ar kat pekan aku ni nak tengok perempuan bawak moto 0.5:10 hehehe

Ok cerita mengenai pekan baazar ni, aku kuar rumah seawal 415..sebenarnya aku malas nak kuar tapi mungkin disebabkan aku pun jarang kuar dan aku tak pernah lagi pegi ke bazar so aku kuatkan diri jugak ar untuk p.. hehehe Sampai aku kat sana aku tak tau ar nak beli ape tapi aku rasa nak beli murtabak... kegemarang aku. Tapi murtabak kat sini tak sama kat semenanjung yang aku pernah makan.. sebab kat sana ada murtabak ayam dan daging... tapi kat sini hanya murtabak sayur... i mean murtabak tu dicampur dengan telur (bahan asas), sayur kubis dan sayur daun bawang.. so itu sahaja la.. best tau sedap giler..

Hehehehe sebenarnya kan aku ni takut sedikit p ke bazar ni sebab aku ni akan membeli dan terus membeli tapi makan tak sangat. Hehehe tanya sahabat aku dia lebih tau, aku risau bujet hanya RM5 jadi RM10 plak so aku hanya pegi ke bazar dan beli hanya murtabak dan jugak kuih untuk ayah dan nenda tu je... so bujet aku setakat sampao ke rumah hanya :
Murtabak = RM2 (2keping)
Kuih pais Jagung = RM1 (5 ulas kot hehehe)
Cili = RM1(sayur sebenarnya tapi tak tau nak beli ape pun so beli lada jela hahahahaC)
Air tebu = RM1
so total aku hanya RM5 huhuhu berjaya mengawal duit yang da takde ni hahahahaha

Bazaar tu kat kawasan rumah lama aku. Tepi padang bola. Rumah lama aku plak atas bukit tu huhu best tau dekat situ dekat ngan pekan, kalu ada tamu besar senang nak tengok acara yang di buat kat padang tu. Rindu kenangan kat situ. Sebab aku membesar kat pekan ni la. Aku masih ingat lagi bila ada banjir besar kat kawasan KB dan ada kebakaran yang melibatkan kedai2 berdekatan dengan rumah kami.. Masih ingat dengan kegusaran dan kerisauan hati waktu tu.. hehehe lawak tul da hampir 10 tahun tapi masih lagi segar. Kemudian aku ada gak ke tempat yang selalu jadi tempat permainan aku dulu..rindu ngan semua tu lebih2 lagi anak2 jiran aku dulu best kawan2 dgn dorang....tapi sekarang ni ntah ape kabar plak dorang mungkin raya ni kami akan berjumpa lagi...

ok la tu je cerita setakat ni, aku ada amik beberapa gambar untuk diuploadkan cuma laptop yang aku gunakan ni bukan milik aku..so aku kene ar guna laptop aku. Ni tengah mencari duit sebagai modal nk amik celcom broadband aku tak tahan LIFE WITHOUT INTERNET!!

hehehehe

Posa yang ke 5

0 comments

Salam buat sahabat yang amat dirindui dan dikasihi...


Arini aku membuat entries lagi..setelah sekian lama aku tidak bercerita tentang aku disini... Tapi apa yang patut diceritakan..?? Keadaan aku semakin lama semakin bosan dengan hidup disini. Masing2 bekerjaya dan masing2 sibuk ar. So aku tinggal sendiri menemani nenda tersayang.. bersama ayahanda yang bekerja..


Aktiviti harian aku setiap malam chating tapi bermula pada jam 12 sehingga jam 3. Kemudian aku prepare untuk bersahur. Tepat jam 4 kami bersahur dan selepas subuh aku tak tahan lagi aku terus tido huhu dan kalu da tido lewat setiap malam comfirm aku akan bangun lewat kan hehehe jam berapa tu tak payah ar nk cerita huhuhu..Yang pasti asal pagi tu mesti aku terima sms "oit x bgun lg ke?" ataupun "da bangun ke" Tapi tepat jam 11 aku mesti terpacak kat depan tv..my show program HOUSE dan CSI best tengok sekali pun ulangan hehehe.


Em tak banyak cerita yang best hari2 aku hanya temankan nenda menonton tv je yang paling best bila ade cerita wayang hitam putih comfirm layan habis hehehe best jugak layan orang tua ni. Then sambil2 tengok tv tu sedar2 lagi nenda da tido hehe. Aku plak bila temankan nenda tu aku hanya main game dan kadang2 online dan jugak reply email. Email untuk sapa??? nanti aku ceritakan entries yang akan datang.


Ok cerita lagi, memandangkan kat sini lagi awl dari tanah semenanjung lebih kurang sejam. Sebab kat sini berbuka jam 630 kat sana sudah tentu jam 730 kan? sejam ar beza nya pun tapi kan aku suka aku mesti sms Along, Adam, Ikmal dan Diya yang aku da berbuka hehehehe best kene kan orang huhuhu mesti Along da kecur liur hehehehe jahat tul lak aku ni lepas berbuka aku solat dan duduk depan tv lagi temankan nenda kat luar ni sorang. yelah ayah g terawih sian lak die sorang2 kan.Arini aku sangat2 sunyi dan dari cerita sahabat aku dia makin sibuk dengan rumah yang baru dicat aku semakin risau bila kesihatan dia semakin lama semakin teruk em mungkin sebab dia da jadi NAGA dan jugak cuaca di sana tidak menentu... Moga2 Allah permudahkan semua urusannya..itu sahaja harapan aku sahabat yang jauh. Moga bertemu kembali dan mencipta kenangan baru bersama....

Monday, August 24, 2009

Selamat Berpuasa..

0 comments

Salam buat sahabat yang dikasih dan mengasihani aku huhuhu


Sudah sekian lama tidak menaip disini yelah sebelum ni bukan takde p CC cuma tidak sempat. Yelah menjadi setiausaha bg sahabat untuk mendapatkan maklumat untuk program motivasi beliau huhu da jadi pakar motivasi plak sahabat baik aku ni.. Aku gembira dan aku yakin sahabat boleh pergi jauh lagi. InsyaAllah.. jangan amik tugas jadi GURU BESAU sudah ar nanti perangai budak2 sane tu jadi macam dia plak.. hahahahaha


OK lah berbalik pada bulan ini, aku sangat2 gembira bila bulan puasa ini kembali lagi.. dan aku jugak bersyukur aku masih berpeluang lagi. InsyaAllah bulan ini aku akan cuba penuhi dengan amalan..terutamanya SOLAT..untuk diperbaiki hehe Kalu dikenangkan balik setahun yg lalu amat menyedihkan bila aku tidak bersama2 dengan sahabat serta rakan2 yang lain untuk berbuka pose same2.. sungguh masa kini terlalu pantas meninggalkan kita.. terasa baru semalam perkara itu aku tinggalkan aku sangat2 rindukan suasana kerja lalu..

Biarpun begitu disamping aku rindu kengkawan aku, aku luangkan masa dengan KELUARGA aku. Sejak 5 tahun lalu aku antara ahli famili yang jarang ada bersama2 keluarga sebab bekerja dan jugak study dulu. Dan sekarang aku punya masa tersebut selama sebulan InsyaAllah.. kita tengok ape tuhan nak bagi..

Apa2 pun..


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK MOGA BULAN INI KITA AKAN DAPAT KEBERKATAN & SELAMAT BERPUASA...

Monday, August 17, 2009

Sepanjang Hujung Minggu...

0 comments
Salam SAHABAT yang dirindui...

Hujung minggu ni tiada apa yang menarik ingatkan abg aku balik atau kakak aku balik.. so bleh main ngan anak2 buah aku huhu tapi yang balik hanya bonda dan dua orang adinda... Safiah dan Abd Rahman.. semakin rindu ngan anak2 buah aku biarpun tak seberapa rapat sebab aku auntie yang jarang bersama. Hanya balik ini sahaja tapi jarang ke temu sebab dorang tidak tinggal sini lagi... Minggu ni aku termasuk semalam aku berpuasa 4 hari da tinggal lagi 2 hari. Esok (isnin) aku tak berpuasa sebab aku mahu ke klinik mata aku sakit. Ntah nape?risau jugak.. mula2 macam radang je tapi da hari2 bertambah sakit lak. InsyaAllah tiada ape2..

Aku masih ingat lagi pada sabtu lalu.. aku tolong ayahanda menyimen pagar rumah.. Yelah aku sorang duk umah sekali pun aku penat dan lapar sebab posa aku bantu ayahanda sebab ayahanda sesorang je takde sape nak tolong... so aku tukar baju dan tolong ayah. Sebenarnya aku bukan bantu secara totally aku bantu selepas da siap dibancuh ar. Huhu aku tolong angkut je. Pada awlnya aku sangat2 bsemangat sebab seronok dapat bantu ayahanda. Tapi elok je nak siap da nk habis simen2 tu di angkut tangan aku da mula mengeletar huhu aku bleh gelak sendiri tengok tangan2 aku camtu bila aku da mula sedar baru ar sakit pinggang aku sekali huh memang sakit ar.. last habis tu aku rehat tak mandi lagi sebab aku mandi lambat sehingga kecut2 tangan.. aku tunggu ayah mandi dulu then baru aku mandi. Aku mandi dan solat berdoa untuk sahabat dan keluarga. Petang tu baru sampai adik dan ibu.. Bonda aku memang ar da sampai rumah bising2 ar tentang pokok2 bunga yang makin layu dan rumah yang tak teratur.. em aku diam kan diri je la.. aku tak usik ape2 lagi kat umah ni.. kadang2 sakit hati jugak ar. Tapi bak kate ayh, mak tu camtu bila lapo je da kenyang tu diam ar... huhu lawak jugak orang tua ni..

Pagi Ahad plak aku da bangun seawal 7 pagi dan tido then bangun lagi jam 730 dan tido balik.. aku bosan tunggu adik aku ngan tak mengajak kuar semalam punya bising suh bangun awl dan ajak kuar tapi ni tak camtu je plak... So aku amik masa sehingga jam 9 tepat bangun sepenuh nya huhuhu aku tanya dan aku ajak ar adik aku kate nak kuar.. then bila da kemas rumah kami pun kuar ar berdua dan naik moto lawak jugak dia ikut kakak rempit dia ni huhuhu best merempit hahahaha... KB ni sekali pun kecik JAM giler..Sakit hati. Tp dah namanya bermotor ape lagi cilok ar.. tu yang buat dia risau tu..huhuhu lawak jugak. Kami p kedai jahit ANGIE sebab dia nak buat baju NURSE.. 4 pasang sekali.

Pastu aku online internet sekejap kat CC.. ada hal. Sempat jugak aku on9 YM menggunakan HP aku.. then aku YM ngan "DIA".. semua diceritakan berbeza. Dan aku sangat keliru dengan diri DIA sendiri. Ape yang diceritakan dan diluahkan dari mulut dia memang berbeza dari ape yang diceritakan sebelum ni (oleh keluarga dia jugak).. Aku da berterus terang antara punca yang menjadi punca ini disebabkan perkara lama yang telah terlalu lama di pendam dan terlalu rapi disimpan.. Tidak pernah diluahkan dan tidak pernah mengaibkan orang.. tapi antara punca ini aku simpan sekian lama untuk menjaga maruah2 orang yang tertentu dan aku sendiri, tp ini aku DAPAT!!!!Aku dituduh sepenuhnya punca sebab dia telah beralih arah! Aku tidak pernah rasa diaibkan orang.. selain dikatakan kepada kuarga antara aku puncanya.. mahu sahaja aku jelaskan ape sebenarnya yang berlaku. Tapi untuk ape.. sebab sekarang ni bukan itu yang perlu dijelaskan tapi PERLU DIPERBAIKI..

Cuma yang sekarang ni lagi terang dan jelas yang berubahnya DIA...Sebab bila aku ajak AKAN bertemu nanti dia cakap tiada apa yang patut dibincangkan..sedangkan ADA! Bila akan bertemu aku mohon untuk berjumpa dengan FAMILI dia sekali, apa yang perlu jelas patut dijelaskan. Tapi ntah kenapa dia kelihatan takut untuk aku bersua dengan keluarga dia.. Sekalipun mungkin keluarga dia aku tidak ketemu tapi tiada salah untuk aku menghubungi kuarga dia.. Sungguh andai blog ini menjadi bacaan buat DIA aku mau dia tau yang aku ingin perbetulkan keadaan yang semakin lama semakin teruk. Bukan untuk aku tapi dirinya sendiri. Lagi satu ntah samada aku yang bermuka2 atau dia, depan aku melayan seolah2 aku ni KAWAN tapi belakang aku??? Em sudah ar setakat ini sahaja usaha aku untuk dia.. aku nak betulkan keadaan yang lama telah berlaku tapi yang menolaknya dia bukan AKU..
Stop for ths story

Today is MONDAY... aku p klinik seawl pagi untuk check mata aku yang makin sakit. bila aku sampai no aku 50????? habis ar then itu baru nak daftar...giliran aku berjumpa dengan doktor...36!!! dan tau tak giliran yang baru dipanggil...?? NO 5!Huhu sungguh bosan tunggu!! Tapi sib baik ar bonda keja kat situ (biarpun sekarang ni dia tengah kursus) so aku jumpa pacik (seorang pegawai kesihatan) aku ar.. minta tengok mata dia inform tiada apa2 sebab radang sikit je.. lagipun aku kan main pasir aritu.. so tiada ubat yang berani dikeluarkan sebab aku jumpa doktor ER.. huhuhu kalu sakit katenya just tuam air suam je

Then aku pulang je la sampai kat umah ni aku cam biasa sms untuk inform then terima panggilan dari c ABANG...bertanyakan benda yang sama.. sudah p klinik ke? ape kate doktor? da amik ubat ke? huhu semua da... Sampai rumah aku masak untuk nenda aku hanya masak udang dan sayur kacang panjang rebus.. ringkas dan sihat.. dan yang paling best waktu aku sakat nenda....aku inform sayur tu kurang masin dia cakap tambah sedikit je garam.. so aku amik garam sesudu penuh huhuhu punya dia terkejut sambil jerit "alah mati la kita ni darah tinggi.." huhu aku just gelak2 je huhu tindakan aku tu memang membawa dia gelak ketawa.. sambil dia jemur kain masih terdengar dia gelak2.. aku HAPPY. Tiada keceriaan yang dapat aku perolehi selain melihat nenda gelak.. Ayahanda dan bonda pun sama.. ingat aku ceritakan pengalaman aku naik kapal bersama pacik yang duduk disebelah aku.. huhu lawak tau

Minggu ni merupakan minggu last sekali untuk kita makan waktu siang... sebab minggu ni mungkin ari Khamis atau Jumaat sudah bermulanya puasa.. aku mengharap bila jin2 seten2 da terkunci akan sedarlah DIA dari AWANGAN dia tu.. dan aku berharap orang yang kenakan dia tu susah untuk berpuasa.. kalu betullah kejadian ini maka dialah orang nya aku datang sana untuk sekeh kepala dia je... huhuhuhuhuhu

Ok lah sudah2 lah melalut tu.. Ape pun aku sangat2 merindui sahabat2 aku di SSCCKL terutamanya:
Diya
Ikmal
Along
TL Din Cute
Zetty
dan yang lain2 lagi...Yang pasti aku jugak merindui
Osman, Ariffhafizul dan Muhammad Adam.. saudara yang tidak mempunyai pertalian darah tapi mereka lah sahabat karib dan teman gelak dan tangis, suka dan duka...
Impian aku; harap2 satu hari nanti semua teman2 ini akan berkumpul....dan kenangan akn tercipta lagi yuhoooooooooo

Friday, August 14, 2009

Hidup mesti terus....

0 comments
Salam buat semua insan yang dirindui...

Hari ini merupakan hari ke 2 aku berpuasa ganti.. hehe biar ar terlalu lewat janji aku tidak tinggal. Dan buat sahabat2 yang lain... yang mana masih belum ganti cepat2 la ganti.. bak kata sahabat aku jangan sampai ralit.. nanti nak cari orang fakir miskin ni bukan mudah.. huhu aku da tunaikan.. tapi belum habis lagi la.. huhuhu

Hari ni nenda aku tidur awl dalam jam 2 tu dia da mula tertido depan tv.. aku slow kan suara tv dan aku teruskan untuk tukar channel slow2 dan mencari yang menarik hati.. bila da sampai kat Astro Oasis aku nampak tajuk drama tu menarik hati iaitu Di Sejadah Cinta.. hasil daripada buku Habiburahman Shirazy.. tak silap aku lah.. aku betul2 lupa tapi memang menarik aku lak waktu tu tengah sms dan ada perkara yang merisaukan hati aku.. bila aku nampak lagi jalan cerita tersebut aku terus menangis menyembunyikan airmata dari nenda kang dia ingat ape je plak.. tapi apa yang paling menarik buat cerita ini yang mana ada seorang ppuan dewasa dan 2 anak.. cerita nya ibu ni sorang pelacur dan bercakap masyaAllah teruk betul. Ia menarik minat aku untuk menonton jlan cerita ini. Tapi apa yang paling menarik bila mana nenda aku terbangun dari tido dan duduk sambil marah2 perempuan tersebut hahaha aku tengok je lah heran pun ade.. tapi lawak ar nampak sangat lakonan itu menjadi....hehehe

Bab sahabat aku.. aku sangat gusar.. Banyak perkara yang melibatkan hati dan perasaan.. aku risau tapi tidak beberapa lama kemudian seperti yang dijangkakan... em ntah aku rasa kalu aku nak bersemuka ntah siapa yang PENGECUT!! Sungguh aku gusar! Geram!! Aku taknak kejadian tersebut berulang untuk kali ke 3

Ok la sudah untuk bab itu. Aku minggu ni masih ditemankan dengan hari2 yang bosan.. Bukan aku tak nak cari kerja tapi aku ingin merasa nikmatnya jadi penganggur.. tapi jangan ar doa2kan aku untuk selamanya.. Aku ada cuba untuk utarakan niat untuk mengajak famili ke pantai aku bertanya dengan famili aku di KK (kakak dan abang..) abg ada respon dia suh aku p KK.. kakak plak senyap je.. hampeh! Aku nak mengajak jalan just simple je jalan2 past mandi manda amik gambar dan balik.. at least ada kenangan kan.. ntah aku last berjalan ngan famili seingat aku dalam tempoh aku amik dip.. kakak pun belum kawin lagi... ish2 aku baru sedar aku ada famili depan mata tapi tiada kenangan aku dengan famili.. sebab masing2 sibuk dengan kerja.. banyak bezanya... ntah lah mungkin banyak masa lagi... tapi bile??

Petang ni aku rasa teringat kembali waktu aku di semenanjung.. Aku rasa happy sangat disana. Aku sendiri!! tapi yang pasti aku ada sahabat.. Aku imbas kembali gambar2 yang ada pada aku.. sejak tahun 2006 sehingga sekarang ni. Aku amat merindui dorang.. teramat!!

Bila difikirkan semula.. sejak aku sampai disana aku sudah sendirian.. tapi aku ada sahabat..
Wahai sahabat.. satu hari nanti kita pasti sunyi dan sepi bila di alam barzakh.. biar belajar waktu ini.. Dulu waktu aku tiba di sana aku sepi, aku sunyi, dan aku sendiri. 5 tahun bukan tempoh yang pendek... aku belajar dan terus belajar yang kita perlu terus hidup.. dan kini biarpun di sangkar lama aku masih seperti 5 tahun lalu... sedihkan..
Dan saat ini aku mahu mulakan hidup baru.. dalam jalan hidup ini sedih dan duka itu PASTI dan ceria dan gembira itu MESTI..

hehe sekian sahaja hujah aku...
Salam sayang buat sahabat yang dirindui selalu...


Kota Belud melayang ke Bote
huhuhu

Wednesday, August 12, 2009

Berikanlah kekuatan padanya...

4 comments
Salam berbahagia buat sahabat yang sangat disayangi;

Moga terus bersabar dalam saat kau menempuh hari2 yang mendatang...
Moga kau di tempatkan antara golongan2 yang beriman..
Sahabatku... sungguh tiada lagi kata2 yang ingin aku katakan padamu agar kau terus kuat untuk menempuh hari mu tapi aku sentiasa mendoakan untuk mu..
Kita sama2 berdoa untuk terus diberikan kekuatan dan mendapat keberkatan dari-Nya
Aku berharap sahabatku.. aku berharap kau terus bahagia..
Aku mohon untuk kau mulakan hidup barumu..
kerana aku pasti...aku pasti ada yang TERBAIK buat mu...

em cerita kosong aku

2 comments
Salam buat insan yang baca blog ni

Cerita kosong dari aku.. hari ini aku kuar awl sebab nak ke CC takut nak balik lambat seperti sebelum ini.. sampai ayahanda call bertanyakan bila mo balik.. hehe aku just inform yang aku masih di cc.. aku tau ayahanda risau. Lagipun bila malam dikawasan perkuburan dan masjid Kg Limatok terlalu gelap.. aku pun seram gak lalu yelah dalam keadaan tidak bersih huhu.. tapi sebab nak p internet aku gagahi jugak.

Semalam tiada apa yang aku buat dirumah melainkan menonton astro dan jugak masak (seperti biasa) dan mandi lama2 sehingga kecut jari2 dan basuh baju.. itu sahaja lah yang aku buat.. Aku belum lagi mula untuk menjahit baju. Aku jugak ada inform ayahanda yang aku nak potong rumput dihalaman rumah kami.. tapi mesin tu plak tidak boleh digunakan lagi. Lagipun ayahanda kata better tunggu bonda.. em???? nampak sangat ar tidak yakin ngan aku. Yelah bukan pernah guna pun. tp bila lagi nak belajar jika tidak sekarang betul tak?

Oyer cerita tentang semalam aku di Cyber Cafe..em lama gak aku disana yelah sempat nak chating dan buat blog serta upload gambar.. elok je aku balik along call aku untuk inform yang dia ada comment blog aku. Dan dia birthday.. hehe aku da tau da birthday dia selepas Ikmal... tapi aku tak sms malam tu sebab aku rasa ganggu dia plak mane tau keje pagi tapi tak sangka mlm tu dia sms dan inform.. hehe dan yang paling gampang nak suh aku nyanyi plak.. malu dan aku just rakam n mms kat dia. Aku just rakam audio..hehe actually aku rakam video but unfortunately cannot be sent because it is too large.. so hantar audio je la.

Jugak perkara yang unik, aku berjumpa semula dengan ex-bf.. Abdul Majid huhu cinta pertama aku. Sudah hampir 5 tahun tidak bertemu dan kini bertemu sesudah dia bergelar suami orang.. hehehe jangan silap bukan nak jumpa untuk buat ape2 pun cuma surat2 dan gambar2 lama aku perlu kembalikan.. sudah lama berjanji tapi aku tidak berpeluang untuk kembalikan so malam ni aku berjumpa dan kembalikan.. berjumpa hanya sebentar sahaja tidak lama.. sebab pesan dari sahabat aku.. even aku tidak masuk pun dalam kereta dia just bg di tingkap dan tidak berkata apa.. yang aku cakap
"assalamualaikum..ni sampul untuk abg. jap mo check barang lain..."
dia just diam dan perhatikan aku sahaja..lepas selesai aku just ucap
"em........... k la bang tu jak mo bagi balik dulu"
hehe tu je takde ape.
Tapi dalam hati aku, aku sorang je tau biarpun hanya sempat dalam tempoh 3 tahun berchenta tapi dia sungguh bermakna buat aku.. dia bukan satu perkara untuk lupakan dengan mudah. Apetah lagi aku kembali pada gua lama, setiap penjuru dan jalan mengingatkan aku dengan dia. Aku takut sangat untuk berada disini.. sebab
"tuhan sahaja yang mampu tentukan jalan hidup ini b, dan tuhan sahaja tau perasaan abg sekarang ni.."
sms terakhir untuk hari tu dari dia... aku ni sebenarnya mencari NAHAS!!!

Tapi jangan risau.. aku masih sedar. InsyaAllah tidak ada apa2 yang berlaku.. (warghh tolong aku......) Semalam ada perkara yang sangat2....how to say ye.. tapi ntah ar memang terlalu confuse for everything.. Bila berbincang dan perkara yang berlaku adalah perkara yang sangat2 sukar untuk dirungkaikan.. memang sudah cari punca kusutnya benang tapi kenapa benang yang di rungkai satu persatu masih kusut dan bertambah kusut...dan sebenarnya apa jalan yang DIA akan perolehi..??? Ntah la aku bukan siapa2 untuk merungkai dan memberitahu semua nya tapi aku hanya bermohon untuk permudahkanlah semua perkara yang DIA akan lalui...
bersabar dan berdoalah.. kerana pasti akan dijanjikan sesuatu.. aku hanya bermohon untuk KAU bersabar kerana aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kegembiraan buat KAU...
...Amin

Monday, August 10, 2009

kenangan aku di semenanjung

4 comments
kenangan aku di Semenanjung...









Selamat bertunang..

0 comments
Selamat bertunang buat sahabatku NORHAFIZAH MAT TASIR dan FIRDAUS...
moga kekal sehingga keakhirnya.....

08.08.09 detik bersejarah buat kalian... maafkan aku sebab ketidakhadiran ke majlis tersebut..

MOGA BERBAHAGIA






Tibanya aku di SABAH

0 comments
Tanggal 050809 adalah tarikh aku tinggalkan Shah Alam dan kembali ke Tanah Kelahiran aku "Negeri di bawah bayu" pada hari itu Shah Alam hujan lebat.. Mungkin alam tau aku kembali meninggal tanah semenanjung.. hehe aku bukan siapa2 disini tapi terlalu banyak kenangan suka dan dukal, tawa dan tangis..susah senang.. semua bermula disini bila kau sendiri..

Sebelum itu jugak pada 020809 aku pulang dari kampung keluarga angkat aku di Teluk Kepayang Bote.. saat ini aku masih merindui mereka dan airmata ku masih tidak kering lagi bila aku teringat gelak tawa aku disana, susah senang keluarga itu bersama.. Tapi journey tu nanti aku akan cerita kan.. Pada malam aku tiba yang dihantar dari Bote bersama2 Man, Wan dan jugak Ijun.. kami berempat naik kancil dan aku ajak untuk jalan IPOH kuar highway. Aku nak ada masa bersama2 sahabat aku bila aku tiba di Shah Alam. Kami sampai di Shah Alam dalam jam 430 dan sahabat aku plak kepingin makan ANI SUP UTARA so kami terus p dan makan, padahal sebelum bertolak aku da makan tempoyak yang mak buat..

Selesai makan aku balik untuk kemas barang2 untuk hantar ke Bote bersama2 dorang nanti. Then aku terus menangis...sedih mengenangkan aku kembali diGua Sendiri. Tapi disitu asal ku.. aku terus kuat kan diri untuk menempuhi hari2 terakhir aku di SA. Malam tu kami terus ke Dataran Shah Alam untuk mendengar musikal DENDANG ANAK..dan selepas itu saat berpisah antara aku dan sahabat. Huh sudah ar tak payah nak cerita ok..

Pagi 5hb aku bertolak dari Shah alam dan terus ke KLIA.. aku hanya sempat berjumpa dengan Along, Idie dan adikku Adam.. Terasa sedih meninggalkan dia disini. Aku harap kau jagalah diri bebaik.. jangan lupa untuk solat...

Saat ketibaan aku dKLIA, flight aku delay selama 1 Jam. Dalam flight aku pun ada bersama2 Dato Shafiee Afdal dengan isteri, Shaharuddin Tambi, Radhi Khalid, dan Faizal AF5.. hehehe Shaharuddin tambi siap ajak sembang mengenai flight delay tu aku hanya iye kan aje dan terus pegang hp dan bersms hehehe ada jugak la excited tapi nanti aku meroyan kang malu plak so aku just buat2 cool... Aku tunggu sehingga flight ada... kami terbang dalam jam 4 dan kemungkinan sampai dalam jam 7 malam. Aku da sms dengan abg aku untuk amik aku lewat sebab aku nak ke MAS KARGO untuk amik barang lagi.. tapi MAS KARGO tu jauh di sebelah bangunan so aku terpaksa tunggu dorang.. yang paling best nya selepas dorang tu TENGOK WAYANG huh habis ar di makan nyamuk... tapi tepat jam 930 aku da bosan dan masa tu dorang datang..sib baik aku tak mengaum dengan polis bantuan disana tu...

Memandangkan da cukup lewat aku sampai dan dorang pun sama bila tiba di kaunter MAS KARGO semua da tutup dan nampak gaya nya aku terpaksa untuk datang kembali esok pagi.. aku ajak kakak ku lagi senang.. Dan keesokkan nya aku datang untuk amik dan semua barang tu ada 9 barang termasuk beg laptop. Selepas tu aku nak bergegas balik ke kampung halaman sebab nak berjumpa dengan adik tersayang tapi kakak ku tahan better balik esok sekali dengan dorang paling tidak pun balik ngan abg je..so aku tunggu dan petang jumaat tu kami pulang...

Seronok dapat berjumpa Mak Ayah dan Nenda.. aku rindu suasana di kampung bote...hermmmmm
Aku.. rasa cukup ini dulu sebab hatiku bercelaru.. aku perlu buat sesuatu..

cau dulu

cerita aku disini bosan

0 comments
Salam semua yang disayangi...

Sekian lama aku mendiamkan diri dan malam ini aku di CC KB... mane tempat tu ???hanya yang mengenali aku yang lebih tau.. Masuk hari ini cukup 5 hari aku menghirup udara di kampung halaman..

Arini perjalanan untuk aku membuat blog terganggu bila anak2 jiran datang untuk bertemu dengan ku... mungkin sekian lama tidak bertemu masing2 rindu. Kenangan yang lalu sewaktu aku berada disini samada kenangan yang manis dan pahit bermain kembali di kepala aku ni.. hehe agak menyakitkan hati.. tu pasal aku tak nak kembali.. cukup selama 5 tahun perkara itu berlalu begitu sahaja.. Biar kata sahabat... bila dia gembira aku turut gembira.. mungkin aku akan mencoba untuk bahagia.. ah sudah cerita tentang itu

Arini memang betul2 boring.. famili aku semua bekerja termasuk ayahanda dan bonda... sangat2 berbeza dengan famili di Bote.. Aku berharap mak ayah aku pencen cepat so aku bleh temankan dorang.. Aku disini siang hari ditemankan Nenda. Kami sembang sama tapi nenda aku ni cakap bahasa bajau dan aku plak faham tapi payah nak ikut bukan lupa mungkin mengambil masa jugak. Sama ar mula2 aku datang semenanjung. Yang paling lawak bila aku ngan ayahanda pagi tadi bila die panggil aku, aku menjawab dengan perkataan YEEEE

Dalam aku mamai tu aku terdiam kembali dan aku fikirkan betulke aku cakap camtu..?? pastu sebelum aku kene ejek baik aku tutup mata tido balik hahahahaha. Aku malu sebenarnya selanga semenanjung masih fasih dibibir ini.. apetah lagi bahasa orang perak. aritu bila bercerita mengenai sambal ikan bilis dengan tempoyak waktu aku diperak aku ada cuba untuk buat tapi yang kurangnya takde TEMPOYAK.. bila aku bercerita dengan nenda yang aku da kecur liur nak makan sambal tu nenda aku mati2 ketawa.. aku risau gak yelah da berumur 75 tahun takut gak ade ape2 kang aku jugak yang risau. Tapi biarlah..aku suka tengok dia gelak.. hehehe aku tak panggil dia nenda tapi BUJANG.. sebab dia ar teman aku.

Em aku tak lama untuk menaip lagi ada masa aku taip di rumah dan aku upload di CC internet untuk 1315 tidak lagi boleh digunakan buat sementara waktu ni..
K la cau. mungkin malam ni aku berjumpa dengan majid.. jangan rsau sahabat ku aku hanya pulangkan surat2 chenta yang dulu.. disini aku tidak tau nak simpan di mana.. sebab surat2 tu jiwang nak mampus.. hehehe k la cau

Monday, August 3, 2009

Tangisan ku DiBOTE

0 comments
Semalam bermulanya detik aku meninggalkan kenangan di BOTE..
aku sungguh merindui saat2 aku berada disana, lebih banyak kenangan manis yang tercipta...
bila aku bersama Mak, Apak, Ijun dan Man.. tidak dlupa juga bila Kak Da ada bersama kedua2 gadis comei.. Fitra dan Fatin.. tidak kurang jugak dengan kehadiran Nisa... Aku sungguh merindui mereka.. Sekali pun aku tidak mempunyai pertalian darah.. tapi kehadiran ku tidak pernah kurang dari saudara kandung sendiri. Lebih2 lagi bila saudara2 lain menganggap aku seperti keluarga sendiri...

Semalam, detik aku berpisah dengan Man..sahabat yang sering ada dalam duka dan suka..
Sahabat yang tidak pernah lekang dengan senyuman, tawa riang serta bantuan ikhlas darinya. "dari dulu kita ramai2 akhirnya tinggal kita berdua sahabat yang ada..."
sungguh pilu hati ku mendengarnya.. dan saat itu pulak aku dan sahabat aku akan berpisah...kenangan 5 tahun lalu masih lagi segar diingatan.

Selagi hayat dikandung badan.. kita pasti akan berjumpa juga... cuma aku mohon biar pun sahabat sudah berkeluarga... sudah mempunyai sahabat lain... andai waktu ku tiba, aku berharap kau ziarahilah aku.. andai waktu itu aku lupa kamu...kau ingatkan lah aku..
Kerana kau sahabat dunia akhirat aku...
Masih ingat tak lagu ini :

GURINDAM JIWA
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali jua

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan pergi dahulu
Nantikan saya di pintu syurga...

Banyak kenangan lagu ni.. kini bila aku nyanyi ntah kenapa airmata aku turut mengalir
aku rindu kamu sahabatku...
sayang dengan semua...
nanti aku uploadkan jurnal aku berada di Bote ok?
Salam sayang dari ku