Wednesday, August 12, 2009

em cerita kosong aku

Salam buat insan yang baca blog ni

Cerita kosong dari aku.. hari ini aku kuar awl sebab nak ke CC takut nak balik lambat seperti sebelum ini.. sampai ayahanda call bertanyakan bila mo balik.. hehe aku just inform yang aku masih di cc.. aku tau ayahanda risau. Lagipun bila malam dikawasan perkuburan dan masjid Kg Limatok terlalu gelap.. aku pun seram gak lalu yelah dalam keadaan tidak bersih huhu.. tapi sebab nak p internet aku gagahi jugak.

Semalam tiada apa yang aku buat dirumah melainkan menonton astro dan jugak masak (seperti biasa) dan mandi lama2 sehingga kecut jari2 dan basuh baju.. itu sahaja lah yang aku buat.. Aku belum lagi mula untuk menjahit baju. Aku jugak ada inform ayahanda yang aku nak potong rumput dihalaman rumah kami.. tapi mesin tu plak tidak boleh digunakan lagi. Lagipun ayahanda kata better tunggu bonda.. em???? nampak sangat ar tidak yakin ngan aku. Yelah bukan pernah guna pun. tp bila lagi nak belajar jika tidak sekarang betul tak?

Oyer cerita tentang semalam aku di Cyber Cafe..em lama gak aku disana yelah sempat nak chating dan buat blog serta upload gambar.. elok je aku balik along call aku untuk inform yang dia ada comment blog aku. Dan dia birthday.. hehe aku da tau da birthday dia selepas Ikmal... tapi aku tak sms malam tu sebab aku rasa ganggu dia plak mane tau keje pagi tapi tak sangka mlm tu dia sms dan inform.. hehe dan yang paling gampang nak suh aku nyanyi plak.. malu dan aku just rakam n mms kat dia. Aku just rakam audio..hehe actually aku rakam video but unfortunately cannot be sent because it is too large.. so hantar audio je la.

Jugak perkara yang unik, aku berjumpa semula dengan ex-bf.. Abdul Majid huhu cinta pertama aku. Sudah hampir 5 tahun tidak bertemu dan kini bertemu sesudah dia bergelar suami orang.. hehehe jangan silap bukan nak jumpa untuk buat ape2 pun cuma surat2 dan gambar2 lama aku perlu kembalikan.. sudah lama berjanji tapi aku tidak berpeluang untuk kembalikan so malam ni aku berjumpa dan kembalikan.. berjumpa hanya sebentar sahaja tidak lama.. sebab pesan dari sahabat aku.. even aku tidak masuk pun dalam kereta dia just bg di tingkap dan tidak berkata apa.. yang aku cakap
"assalamualaikum..ni sampul untuk abg. jap mo check barang lain..."
dia just diam dan perhatikan aku sahaja..lepas selesai aku just ucap
"em........... k la bang tu jak mo bagi balik dulu"
hehe tu je takde ape.
Tapi dalam hati aku, aku sorang je tau biarpun hanya sempat dalam tempoh 3 tahun berchenta tapi dia sungguh bermakna buat aku.. dia bukan satu perkara untuk lupakan dengan mudah. Apetah lagi aku kembali pada gua lama, setiap penjuru dan jalan mengingatkan aku dengan dia. Aku takut sangat untuk berada disini.. sebab
"tuhan sahaja yang mampu tentukan jalan hidup ini b, dan tuhan sahaja tau perasaan abg sekarang ni.."
sms terakhir untuk hari tu dari dia... aku ni sebenarnya mencari NAHAS!!!

Tapi jangan risau.. aku masih sedar. InsyaAllah tidak ada apa2 yang berlaku.. (warghh tolong aku......) Semalam ada perkara yang sangat2....how to say ye.. tapi ntah ar memang terlalu confuse for everything.. Bila berbincang dan perkara yang berlaku adalah perkara yang sangat2 sukar untuk dirungkaikan.. memang sudah cari punca kusutnya benang tapi kenapa benang yang di rungkai satu persatu masih kusut dan bertambah kusut...dan sebenarnya apa jalan yang DIA akan perolehi..??? Ntah la aku bukan siapa2 untuk merungkai dan memberitahu semua nya tapi aku hanya bermohon untuk permudahkanlah semua perkara yang DIA akan lalui...
bersabar dan berdoalah.. kerana pasti akan dijanjikan sesuatu.. aku hanya bermohon untuk KAU bersabar kerana aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kegembiraan buat KAU...
...Amin

2 comments:

  1. gampang ko kata aku ek???aku soh ko nyanyi lagu besday utk aku...tu pun malu ke...huh!!

    tok selampit ipoh/ssckl

    ReplyDelete
  2. huhuhu sekali sekala lah gampang...!!!!

    mane dapat tok selampit ni...????

    ReplyDelete

Komen la kalu berani hehe... dan Terima kasih atas komen anda semua... ::Melati Puteh::