Selamat tinggal 2009
Selamat datang 2010
Salam tahun baru...
Hehehe begitu cepat masa berlalu kan.. rasa2 macam baru semalam saje aku mencoretkan tentang tahun baru 2009... Terasa terlalu pendek masa yang manusia ada.. Oleh itu beramal la selagi nyawa dikandung badan.. betul tak?
Em ntah kenapa hari ini aku rase sedih meninggalkan tahun 2009.. tidak seperti tahun2 sebelum ini. Aku rase tahun lepas aku tinggalkan 2008 dengan kebahagiaan. Tapi tahun ini? Adakah sebab kebahagian itu bertukar menjadi sebuah kedukaan..??haiihhh.....
Ceritera sepanjang tahun 2009 amat2 menyeksakan jiwa. Bila apa yang dirancang terjadi sebaliknya pada adik atau sahabat baik aku. Dan bila manusia itu memilih UNTUK BERMUSUH. Tapi tidak mengapa bila dia sudah mulakan permainan kami pun ikut sahaja.. dan terus membiarkan sahaja. Seperti mana sahabat aku cakap biarkan sahaja bila dia terus memilih jalan seperti itu.. lagipun kebenaran itu pasti akan nampak satu hari nanti malahan kini pun sudah kelihatan. Dan da penat bila ade orang yang masih tak mengaku dan sentiasa memutarbelitkan dengan perkara yang telah berlaku.. Em.. bila ALLAH itu MAHA PERANCANG semua dirancang akan berubah sekelip mata...
Tapi sungguh waktu tahun 2009 ni la sangat2 menyedihkan dengan apa yang terjadi dan bila aku 'berpisah' dengan dorang sekali sangat menyedihkan.. tapi aku berharap semua itu ada HIKMAHNYA.. dan hari2 yang mendatang adalah lebih baik dari hari2 sebelumnya... Aku pasti disetiap kejadian pasti ada hikmahnya.. tapi mungkin bukan sekarang.. ALLAH ITU MAHA MENGASIHANI
Ceritera TAHUN BARU, Menjadi satu kelaziman dengan soalan tiap2 tahun baru dari setiap pelusuk dunia..
"Apa azam baru?"
Tanya azam baru?azam lama camne?Hehehe sib baik aku tak pasang azam sebelum ni.. ini tidak bermakna aku takde azam cuma aku tak nak kusutkan diri dengan azam yang tak patut2 so baik aku buat PERANCANGAN JANGKA PENDEK.. lagi senang da selesai aku terus buat PERANCANGAN BARU kan senang... TAPI MUNGKIN UNTUK TAHUN INI ADA SEDIKIT KELAINAN...(apa kah itu? jeng jeng jeng)
Hehehe mungkin ade BEBERAPA kelainan ar. Tiap2 malam aku da fikir dan aku nekad InsyaAllah tapi kene tengok gak pihak sane camne. Huhuhu rase sangat2 teruja hehe wah teruja plak tu. Aku pun da planning tempat2 yang advanture untuk 'diterokai' dan mencipta kenangan bersama dan aku harap semua ade nanti rase2 macam tak sabar la plak..hahaha
Ah tiada lagi coretan yang mampu aku tuliskan disini.. MUNGKIN tahun 2009 membawa 1001 duka..dan aku PASTI 2010 akan datang 1002 SUKA...ALLAH MAHA ADIL..
Apa yang aku harapkan tahun 2010 ni.. akan ada satu KEAJAIBAN dan satu AZAM aku terlaksana... kerna ini semua UNTUK KAMU~
::Ceritera MelatiPuteh::




0 comments:
Post a Comment
Komen la kalu berani hehe... dan Terima kasih atas komen anda semua... ::Melati Puteh::