Wednesday, December 16, 2009

Bercakap tentang DOSA

Salam bahagia buat semua teman2 setia aku

Aku hari ini bukan nak tunjuk HEBAT bila tajuk post aku kali ini berbeza.. cuma aku ada berdiskusi dengan sahabat baik aku merangkap GURU aku dan tempat YANG DIRUJUK..seperti mana yang aku cakap bukan nak TUNJUK DIE NI HEBAT cuma DIA ni mengajar dan masih belajar...

Dan arini seperti yang tertera pada TAJUK aku...berbincang dan menjelaskan tentang dosa...

Pengertian DOSA :
Dosa adalah suatu hasil perbuatan yang melanggari hukum atau bercanggah dengan syarak atau yang meninggalkan suruhan wajib pada Allah SWT. Bagi menghindari perbuatan yang menghasilkan dosa perlu menunaikan segala suruhan wajib dan meninggalkan semua tegahanNya.(1)
"Kita harus sedar bahawa seluruh malapetaka yang menimpa umat Islam dinihari adalah kerana DOSA yang kita lakukan, sepertimana malapetaka yang Allah SWT turunkan kepada kaum Tsamud, kaum Luth, kaum Aad, Bani Israil dan seumpamanya. Ini semua mengigatkan tentang segala DOSA dan penderhakaan mereka terhadap Allah dan Rasul-Nya.."(2)

Ini diantara artikel yang dapat aku cari.. mengenai PENGERTIAN DOSA.. Ntah kenapa aku berfikir mengenai dosa ini mungkin betul kate sesetengah orang bahawa SEPI ITU INDAH dan waktu ini lah kite ade mase untuk mendekatkan diri dengan Allah disamping memperbaiki amalan diri sendiri.

Dalam post ini sekali lagi aku katakan bukan sengaja untuk menunjuk hebat tapi sama2 berfikir mengenai dosa2 yang kita lakukan.. Bukan untuk memikirkan berapa banyak dosa2 lampau ORANG LAIN!!! Kenapa aku berkata demikian.. Sebab berlaku beberapa insiden di depan aku.. bila mana setiap mana2 manusia yang terlalu yakin akan DIRINYA HEBAT dan asyik menuding jari serta mula untuk membahaskan tentang kesalahan serta kesilapan orang lain. Apetah lagi dosa2 lampau orang lain. Tapi tidak pernah terpikir kah akan dosa2 sendiri.. sudah cukup hebat ka setiap amalan yang dibuat? Pernah terdengar ke mengenai amalan selama 500 tahun hanya mampu dibayar ke syurga dengan sebiji mata sahaja?Camna tu?Sama2 fikirkan...

Dari zaman2 nabi lagi sudah terlalu banyak hadis2 yang menunjukkan Nabi jugak pernah melakukan kesilapan dan dosa... tapi tidak pernah dijadikan satu isu yang mana kita sebagai manusia MENILAI dan MENGHAKIMI dosa2 orang lain kerna itu HANYA HAK ALLAH SWT..

Tapi kita sebagai manusia, sebagai Hamba Allah sepatutnya memperbaiki diri.. mencari kelemahan diri dan andai kata orang yang disekeliling kita ni orang yang melakukan dosa ajak kepada kebaikan... mengajak untuk memperbaiki adalah lebih baik daripada menghina sesama manusia...sekali pun masa silam ataupun masa kini.. Dan yang pasti ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN

Nabi s.a.w bersabda tentang apa yang baginda terima dari Allah s.w.t katanya: Seorang hamba Allah melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: Hamba-Ku telah melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: HambaKu melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Oleh itu buatlah sesuka hatimu, Aku akan ampunkan dosamu. Hamba tersebut berkata: Aku tidak tahu sehingga kali ketiga atau keempat aku meminta keampunan, tetapi Allah s.w.t tetap berfirman: Buatlah sesuka hatimu, Aku tetap akan mengampunkan dosamu
(Hadis Abu Hurairah r.a)

::Ceritera MelatiPuteh::

0 comments:

Post a Comment

Komen la kalu berani hehe... dan Terima kasih atas komen anda semua... ::Melati Puteh::