Friday, November 6, 2009

Dengkur!!

Salam semua....

Hari ini entries aku ni menceritakan tentang DENGKUR.... erm???nape aku ceritakan semua ini ek? haha sebabnya ade cerita lawak dari DENGKURAN ini haha... cerita camni..

AKU+BONDA+AUNI tido sesama dalam bilik AUNI.. dan ini kali pertama jugak aku tido bersama2 BONDA.. yang paling best cerita ini bila BONDA dah tido (ape yang paling best ngan BONDA die tido macam kawan aku SWANDY.. bile tido tak pikir ape2 lagi letak kepala dan belayar zzzzzzzz)

So, malam tu pertama kali ar kan.. BONDA ni da mule belayar ar.. AKU + AUNI tak tido lagi kami masih memain... tak lama tu... AKU + AUNI senyap.. sebab kami terdengar bunyi asing sekali.... (aku ni terkejut gak ade gak ar rase seram2 hehe)... kemudian
"bunyi apa tu aunty BB" Auni dengan petahnya bertanya memecah kesunyian
huhu aku pun bagitau ar si kecik ni...
"cuba tanya NENEK bunyi apa tu..." sambil2 menahan tawa
Auni ni dengan lurus bendul tanya BONDAku soalan yang sama die tanya aku..
"bunyi apa tu nenek??" hehehe aku tak tahan so aku terus gelak... BONDA aku tido berdengkur rupa2nya terasa lucu sangat malam tu aku gelak, auni gelak, bonda pun gelak hahahaha yelah bg aku itu perkara pertama kali aku tido dengan BONDA sesudah sekian lama dan ITU merupakan pengalaman yang sangat melucukan....

AKU + BONDA tido dalam tawa...

Disini aku carikan sedikit INFO mengenai BERDENGKUR mane tau berguna untuk anda semua;

Apa itu berdengkur?

Berdengkur adalah bunyi bising semasa bernafas, apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang tersumbat. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang.

Bunyi itu dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain. Berdengkur bertambah kerap mengikut umur dan biasanya tidak membahayakan.


Sebab-sebab berdengkur

Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak. Apabila otot tidak tegang akibat arak atau ubatan yang menyebabkan otot lemah, lidah akan tertolak ke belakang, menutupi aliran udara atau otot tekak tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan atas. Juga berlaku semasa waktu tidur yang nyenyak

Tisu tekak yang besar dan tebal. Kanak-kanak yang mempunyai tonsil dan tisu adenoid yang membengkak selalunya berdengkur. Orang yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher yang pendek dan besar.

Lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yang panjang. Uvula yang panjang akan mengecilkan rongga pembukaan dari hidung ke tekak. Getaran yang berlebihan dari tisu ini akan mengakibatkan dengkuran.

Saluran pernafasan tersekat. Hidung yang tersumbat dan sukar bernafas menyebabkan individu lebih kerap menyedut udara untuk bernafas. Ini mengakibatkan ruang vakum yang berlebihan di dalam tekak, dan mengakibatkan tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam dan mengakibatkan dengkuran. Antara sebab lain adalah batang hidung yang bengkok, polip dan jangkitan sinus.


Komplakasi

Mengikut kajian Ketua Jabatan dan Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Fakulti Perubatan UKM, Prof. Madya Dr. Abdullah Sani,wanita sanggup melakukan apa sahaja termasuk pembedahan untuk mengatasi masalah ini.

Menurut beliau, selain mengganggu keharmonian di bilik tidur, ia boleh menjurus kepada pergaduhan hingga berlakunya perceraian terutamanya apabila si suami tidak boleh bertolak ansur dalam perkara ini.

Sebaliknya kata Dr. Abdullah, berlainan bagi wanita yang semula jadinya bersifat pemaaf kerana mereka lebih bertolak ansur terhadap suami yang berdengkur.

Tambah beliau lagi, biasanya masyarakat selalu memandang ringan kepada berdengkur.

Katanya, walaupun berdengkur ini dilihat tidak serius tetapi sekiranya ia tidak diubati akan mengakibatkan penyakit lain seperti sleep apnoea yang menyebabkan kegagalan jantung dan angin ahmar.

Beliau yang mengkelaskan berdengkur kepada tiga peringkat:-

* Berdengkur PERINGKAT PERTAMA ialah, berdengkur yang ringan dengan empat atau lima kali dengkuran kemudiannya berhenti dan seterusnya diulangi lagi.

* Kedua, berdengkur yang SEDERHANA iaitu berdengkur berterusan selama 10 hingga 15 minit dan bunyinya yang sama rata.

* Ketiga, berdengkur yang SERIUS diikuti dengan berhentinya pernafasan sehingga terjaga. Kemudiannya akan menarik nafas yang dalam dan keadaan ini diulanginya secara berterusan. Dengkuran ini dipanggil "SLEEP APNOEA"

'Sleep apnea' boleh MEMBAHAYAKAN DIRI dan memerlukan rawatan selanjutnya.


Rawatan

Bolehkah dengkuran yang kuat disembuhkan?

Mendengkur yang TERUK ialah mereka yang berdengkur pada mana-mana kedudukan atau mengganggu orang lain, sepatutnya mencari khidmat nasihat perubatan bagi memastikan keadaan itu bukanlah masalah 'sleep apnea'.

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak akan memeriksa hidung, mulut, tekak, lelangit dan leher mendengkur.

Kajian semasa tidur yang dilakukan di dalam 'makmal tidur' perlu bagi mengenal pasti tahap keseriusan dengkuran dan kesan kesihatan ke atas mendengkur tersebut.


Rawatan untuk dengkur

Rawatan adalah bergantung kepada diagnosis yang dibuat. Pemeriksaan akan menunjukkan dengkur adalah disebabkan oleh alahan hidung, jangkitan, kecacatan atau masalah tonsil dan "ADENOID".

Rawatan diberi mengikut sebab-sebab yang dikenal pasti.


Pencegahan

Petua untuk mengurangkan dengkuran:

:: Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan
:: Kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur
:: Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur
:: Elak pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat
:: Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari
:: Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang
:: Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang

Cara lain atasi berdengkur:

:: Kaedah lama pula dengan cara menjahitkan poket di belakang baju atau seluar dan masukkan bola tenis ke dalam poket yang telah dijahit.

maklumat dari;


.:Ceritera Lady:.

4 comments:

Komen la kalu berani hehe... dan Terima kasih atas komen anda semua... ::Melati Puteh::