Monday, November 2, 2009

Warkah buat sahabat

Salam sayang buat sahabat ku

Hari ini, kita berbual panjang mengenai diri masing2..
Aku mohon maaf atas ketelanjuran aku berkata2 demikian semalam bukan niatku melafazkan kata2 seperti itu tapi atas aku ni berfikir bawah paras sedar dan warasku... dan tolong sahabat ku jangan pernah lagi sebut nama perempuan durjana itu...!!
Hehehe tadi aku dengar Ijam bertanya jika aku merajuk ke.. maafkan aku sekali lagi.. kabar kan sahaja aku TENSION huhuhu...

Aku mohon pada mu SAHABAT.. ape ertinya persahabatan jika kau masih sembunyikan masalah mu. Jika kau masih lagi kalut tentang keja mu.. sebab itu la aku sungguh risau bila ko tiada didepan mata aku.. kerana sikap mu ini lah membuatkan aku terlalu PROTECTED... dan kerana sikap mu ini lah aku terlalu MANJAKAN kau sahabatku...
Aku terlalu sayang akan dikau..dan aku sentiasa mendoakan yang terbaik sahaja buat mu...
Hanya AKU, KAU, ADAM & KELUARGA kita tahu SAYANGnya kita... dan sebab itu KITA SETIA DISINI

Kau insan yang terpilih..ini ternyata bila ujian demi ujian yang kau lalui. Dugaan demi dugaan yang kau tempuhi. Dan kau masih tersenyum.. Oleh sebab itu wahai sahabat aku terlalu cemburu... Kerana Allah sentiasa mengingati mu, kerana Allah sentiasa disamping mu.. Aku terlalu cemburu.. tapi aku sentiasa bermohon padaNYA agar permudahkan segala urusan mu

Sebelum aku mengakhiri warkah ini buat mu, aku sekali lagi mohon maaf atas kekasaran ku kekhilafan ku.. Bersabarlah ats ujian serta dugaan keatasmu kerana aku yakin dan percaya, ALLAH akan menjanjikan sesuatu buat mu..

Salam sayang dari sahabat mu
::Lady::


0 comments:

Post a Comment

Komen la kalu berani hehe... dan Terima kasih atas komen anda semua... ::Melati Puteh::