Thursday, July 16, 2009

Mungkin juga

Day 1

Bercerita tentang semalam... adikku pulang ke Sabah setelah tertinggal flight.. Aku tumpangkan dirumah lama sahabat ku. Aku terlalu rindu dengan adikku.. Setelah lama dia duduk di Indonesia baru ini aku ketemu.. Rasa tak nak berjauhan terlalu rindu, hehe. Malam tu tanpa segan silu aku temankan dia...

Semalam lepas tengahari kat office aku tak p lunch bukan pe da memang tabiat aku.. malas nak makan kat cafe. Kalu rajin je. Dan aku tido je kat office selama 45 minit sebab malam tu aku memang tak dapat nak tido. Aku terlalu memikirkan sesuatu.. terlalu runsing. Tapi sungguh aku tidak boleh tido hehe hanya aku menutup mata yang pedih sambil air mata aku mengalir.. mungkin sebab pedih sangat kot. Dan petang tu aku... terlalu sedih. Aku da tak bleh nak pikir ape2 lagi, aku sengaja sibok kan diri tanpa melayan rakan2 aku yang lain.. sampai diya marah2 aku. hehe aku diamkan diri je kang menjawab bertambah merajuk plak orang tua tu.

Petang tu jugak migrain aku datang.. alamak time2 ni jugak semua penyakit ada.. Aku memang tak bleh nak buat ape lagi aku kejap2 tido acw sehingga 15 min..Aku peduli ape dorang bising pun aku da nak berhenti. Aku cuma berfikir...berfikir....dan terus berfikir... Waktu balik pun aku berfikir, aku naik moto pun aku berfikir sehingga tayar moto aku kurang angin pun aku tak sedar. Tp aku tiada apa2 sihat je. Sampai rumah aku tak mandi tak solat dan tak ape pun... just buka baju then tido.. Dalam jam 9 camtu aku sedar, aku terima sms... dari Adam dan Idie ajak makan. Tapi sungguh aku tak larat.. Sakit kepala aku sehingga aku tak bleh nak buka mata. Malam tu aku tak jumpa dorang...

Aku terjaga dalam jam 2am then aku mandi..bersihkan diri dan mengerjakan ibadah. Aku tidak lepaskan peluang untuk buat solat hajat. Ntah lah mungkin aku terlalu rindu dengan famili aku...

Pagi ni plak hujan lebat. Aku p rumah sahabat lama.. aku nak amik botol air yang aku berikan kepada adik aku.. dan aku terlelap sekejap sehingga jam 830 sebab migrain aku tak hilang lagi. Lagipun pagi tu hujan... so aku amik peluang ar datang lambat,.. Sampai di office aku duduk dan teruskan kerja tanpa peduli sape2 pun... hahaha bak kata Erni aku ni LOST.. terlalu menyendiri.. huhu nak buat camne... tengahari tu kebetulan Aku, Diya dan Ikmal masa rehat yang sama... dan aku masih camtu aku tak turun makan pun... bila Diya naik dia punya ar bising2 kecoh satu office aku kene marah, pastu dia jugak marah2 sebab hal semalam.. aku just explain terlalu BZ..

Hehehe arini pun BZ sangat... Malam ni akan ku bentangkan tikar lagi.. kerana aku terlalu rindu.. tapi mungkin ini akhirnya...

0 comments:

Post a Comment

Komen la kalu berani hehe... dan Terima kasih atas komen anda semua... ::Melati Puteh::