Pagi ni cuaca mendung.. seperti mana mendungnya hati aku. Semalam plak hujan sehingga pagi tu.. Seolah2 hujan tu turut merasai apa yang aku rasa kan... dan menemani malam ku.. Pagi rabu tu aku datang lewat ke office mengelakkan hujan dan aku malas dah koje.. Aku sampai sahaja aku duduk dengan Ikmal dan Zetty.. aku tengah2. Da 2 orang budak ni duduk sembang aku ar yang jadi pendengar yang setia.. Huhuhu sungguh pun malas nak layan tapi kadang2 sikap aku yang bersahaja tu boleh mendatangkan keceriaan hati mereka.. Lawak, tapi dorang ni budak2 dah pandai cerita lucah2 terutamanya Ikmal hampeh!! Sekali pun
begitu Ikmal peneman setia aku.. dia "budak lagi" tapi sungguh dia memang pendengar setia.. cuma aku takut dia bosan dengan sikap aku yang agak pendiam.. macam Erni kata aku ni "HILANG" Sebabkan kami bertiga sudah malas nak layan call... kami buat concert kecil2 lan.. sambil mendengar lagu.. Aku mula nyanyi untuk part awl.. Ikmal sambung.. dan Zetty complaint.. huhu ape2 saje lah...Hari ini macam biasa waktu tengahari aku masih tak turun bawah untuk lunch.. dan Diya da bising2 hehe bukan ape sahabatku.. aku cuma perlu masa untuk berfikir.. dan aku taknak aura dan ion2 negatif yang ada pada aku ni akan menyambar korang.. sekaligus membuat korang sama.. Aku lebih suka kalu korang ni ceria. Hehe lagipun cukup ar kenangan yang aku pernah ada dengan korang aku takut nanti aku pulak yang tidak sanggup meninggalkan korang saat aku pulang meninggalkan tanah semenanjung ni. Cukup apa yang pernah kita lalui bersama. Kerana aku sayang SAHABATKU..
Aku semalam membentangkan tikar..mohon untuk beri petunjuk.. sudah 2 malam tapi sehingga kini masih tiada jawapan.. Apakah sebab KETIDAKSEMPURNAAN atau sebab memang aku salah langkah.. Tapi takpe malam ni aku masih mencoba.. Mencoba untuk mencari petunjuk.. dan mencoba untuk membaiki ape yang pernah salah, meluruskan apa yang pernah dibengkok kan.. menerangi apa yang pernah kelam.. atas asbab aku sendiri yang leka dan cuai.
Saat ini, aku tertinggal sesuatu. Sejak kepulangan ku, tiada perkhabaran yang diutuskan kepada keluarga. Kini Ayahanda kurang sihat. Aku benar2 risau. Saat ini aku rasa aku sudah lupakan mereka. Aku ni anak derhaka!! Terlalu penting kan diri. InsyaAllah aku akan kembali sebab jasa mu sentiasa tersemat dihati...
Pertemuan mungkin terjadi.. Aku dan sahabat2 lain akan bertemu di Ipoh (insyaAllah kalu tiada aral melintang) Aku rasa pertemuan itu akan meninggalkan 1001 kenangan yang pernah dialami.. Semua rakan2 SSC turun. Mesti gamat kan.. sudah lama tidak berkumpul camni. Tidak mengapa mengambil masa yang agak lama dan mengambil ongkos yang tinggi janji BAHAGIA; KENANGAN TERCIPTA

0 comments:
Post a Comment
Komen la kalu berani hehe... dan Terima kasih atas komen anda semua... ::Melati Puteh::