UNDER 18 NO FEAR!!
Koleksi UNDER 18 No Fear.. antara koleksi yang paling best aku ada.. Koleksi ini jugak yang paling lama untuk didapati.. Last aku beli UNDER 18; END OF FEAR karya yang paling akhir hehe best tau.. dulu aku mula2 tertarik waktu Mr.Kelana bawak dari kampung ni koleksi Ijun la aku tumpang je. Aritu balik kampung pun nak tengok buku2 yang ada Ijun tak kumpul buku camni da buku lain plak tp buku lain hurm Not My Taste!!
KOLEKSI KOMIK KARYA ZINT
Ini pulak antara komik yang ada dengan aku.. semua karya ZINT.. aku minat betul hasil karya dia ni. Jalan cerita dia lawak sekali tu ada unsur2 yang membina. Setahu aku ZINT ni orang Ipoh hehe banyak hasil karya dia yang ada tau. Yang lain tu bukan aku punya sendiri tapi milik bersama Mr.Kelana... hehe tapi aku tak amik la yang dia punya dia punya sorang, milik bersama aku buat milik bersama.. hehe
KOLEKSI KOMIK MIDORI HARI-HARI
Koleksi ini ntah sejak bila aku mula meminati komik ini pun aku tak tau.. Nampak macam jiwang karat.. Tapi bila baca huh lawak bukan main.. disamping tu penulisan serta lukisan yang disampaikan amat la berkesan hehe. Tapi jangan ko, selain aku baca ada jugak kawan LELAKI aku yang turut membaca buku ini hahaha jangan heran... Koleksi ni milik aku 100% koleksi ni pun da COMPLETE 8 Jilid je
KOLEKSI NOVEL KARYA RAMLEE AWANG MURSHID
Ok da habis dengan koleksi KOMIK.. kita beralih ke koleksi Novel ish best giler tau buku ni hasil penulisan RAMLEE AWANG MURSHID. Aku mula2 terbaca ni buku Semangat Hutan.. Mr.Kelana yang bawak dari kampung pinjam dari Yeop Din die.. Huh da terkena sekali pasti nak lagi. Da banyak aku BELI dan aku SIMPAN tapi ada jugak yang PINJAM dan tak reti2 nak bagi balik.. da dia buat cam harta sendiri plak. Bila tanya tak mengaku sakitnya hati!!!! Duit aku tau, hasil titik peluh aku. Geram!!! Nampak gaya nya aku nak lengkap semua buku mesti ada..kena lah aku kuar kan duit lagi! Tapi tak pe aku minta BANKER aku..kan bang??
KOLEKSI NOVEL
Yang ini pulak antara koleksi buku-buku novel yang ada... Termasuklah yang telah dihadiahkan oleh sahabat baik.. selain tu aku yang kumpul sendiri. Kebanyakan buku ni hasil karya RAM, Sharifah Abu Salem, Liana Afiera Malik dan ....itu je kot. Hehe yang lain tu buku prima, tak semua ada kat aku yang lain tu ada kat Mr.Kelana hehe dia simpan nak baca tapi tak pulang balik aku tak dan nak baca.. tapi akhir2 ni tak sempat baca pun sebab aku sibuk dengan kerja dan internet... melayan orang tu lagi hehe da dia tak berteman.. aku temankan lah..
Ada satu lagi koleksi yang amat BANYAK setakat ni koleksi buku Detective Conan.. Dari Jilid 1 sampai la ke Jilid 62 huh gambar aku tak sempat nak amik.. sebab buku tu da bertindih2 dengan buku yang lain.. lagipun nak amik dengan kamera HP memang tak muat.. tak tau nak susun camne lagi...so nanti la aku ada masa dengan Mr.K aku minta dia amik gambar menggunakan kamera die yang rosak tu! ntah nape ntah... sikit2 ade je barang dia rosak kene hempas kot. Nanti ar baiki dulu.. buku tu da berkurun lama sejak zaman belajar lagi sanggup perabis duit pinjaman nak kumpul buku sampai beratus2 harga nya.. tp dulu yelah student lagi masing2 share jelah. Aku berduit aku beli takde duit suh dia beli hahaha...
Then setakat ini je lah.. jangan tanya aku koleksi barang kemas ke, minyak wangi ke, perhiasan perempuan ke, sebab aku x suka kumpul benda camtu, bukan nak mengelak qada & qadar yang mana perempuan ni suka untuk menghiaskan diri tapi jenis aku ni bukan suka nak tanggal2 kalu boleh bawak tido boleh, bawak mandi pun boleh so kene beli barang kemas yang tahan ar cam emas ke perak ke....kalu setakat yang biasa tu malas ar nak kene buka lagi.. bila nak beli barang kemas tunggu banyak duit la takkan nak minta duit orang.Setakat ni je aku ada 3 minyak wangi tak yah nak bagitau minyak wangi ape kan.. hehe yang penting aku setia pada minyak wangi tu. Murah je tapi tahan lama kan???
~ladysweet~






0 comments:
Post a Comment
Komen la kalu berani hehe... dan Terima kasih atas komen anda semua... ::Melati Puteh::