Awal perkenalan aku dengan Tok Kelana waktu mula2 datang ke Tanah Semenanjung dengan tujuan nak belajar.. huhuhu Kenangan 5 tahun yang lalu masih segar dalam ingatan aku.. Saat aku kenal Tok Kelana dalam program Orientasi kami satu kumpulan.. dengan gaya Tok Kelana yang simple dan bersahaja..rambut panjang, muka cengkung, hitam (gelap), dan pakai gelang tangan dibuat dari tempurung huhu.. tp dimula perkenalan Tok Kelana sangat membantu..bukan sahaja dengan ahli kumpulan malah dengan kumpulan yang lain. Sikap kepimpinan beliau dan yang ceria amat disenangi oleh semua pihak...
Tok Kelana amik program Pemasaran dan memang berbeza dengan aku yang amik bidang aku tidak minat sama sekali Perbankan dan Kewangan.. (sib baik lulus). Dalam perjalanan Tok Kelana untuk mendapatkan segulung ijazah memang mencabar..dari segi pelajaran dan jugak dari segi aktiviti dalam kolej.. Tok Kelana merupakan seorang President Kelab UMS yang ditubuh kan sejak tahun 2002 tak silap aku.. tapi kelab tersebut tenggelam timbul. Dan Tok Kelana serta rakan2 yang lain ada bersama berjuang membangunkan kembali kelab tersebut, tidak dinafikan kelab menjadi perhatian Dato Syukri.. Lagi yang paling hebat pernah kami buat dibawah pimpinan Harna dan ada Tok Kelana waktu dinner tahun bile da lupa..
Huhuhu ntah la kenapa tetiba aku nak menceritakan pasal Tok Kelana yang aku kenal dulu.. mungkin aku rindu sahabat itu.. Sejak zaman belajar sehinggalah zaman keja lagi Tok Kelana ni terkenal dengan sikap suka membantu orang, penyabar (sekali pun panas baran), bertindak mengikut akal dan fikir, suka berhujah dan suka memberi pendapat... kalu di masukkan lagi dengan Adik huh menjadi forum.. dan akulah tukang bertanya... sekali pun soalan bodoh aku suka tengok reaksi dan jawapan yang mereka berikan...tp masa berlalu begitu pantas.. zaman2 belajar sudah berlalu dan sekarang ni zaman kita membina kerjaya dan zaman kita membina keluarga.. Bila ke zaman ini Tok Kelana yang aku kenali dulu makin lama makin pudar.. dan pernah satu ketika dulu Tok Kelana hilang....
Setelah hampir setahun pindah keje ke tempat baru, suasana keje sangat2 berbeza.. komitmen tidak terlalu tinggi.. tapi yang pasti kene ada kualiti. Suasana keje seperti ini mengingatkan zaman2 belajar dulu sebab bleh duduk ramai2 dan ada aktiviti menghias floor macam dulu2.. Dia jugak turut terlibat dalam menghiaskan floor ...teringat waktu universiti. Di tempat keje yang baru ni jugak macam2 kawan yang ada. Hampir setahun setengah Tok Kelana hilang kini timbul Tok Tua Sakti.
Tok Tua Sakti sama seperti Tok Kelana cuma sikap dan perangai yang lebih baran, terlalu lemah, dan kadang2 hilang entah kemana.. Tapi syukur Allah masih sygkan Tok Kelana... Tok Tua Sakti beralih arah ke Perak. Dekat dengan keluarga; yang tersayang.. Oleh kerana aku pun ingin pulang ke sangkar lama. Aku bertemu dengan keluarga angkat tersayang, aku melepaskan rindu dan penat lelah bekerja di Bote. Saat aku pulang Tok Tua Sakti sangat berbeza.. keceriaan yang terpancar buat aku tidak lena dalam bas. Aku bersyukur.. Tp mungkin terlalu awl. Kerna perjalanan hidup Tok Tua Sakti masih panjang...
Kini segala musibah yang berlaku Tok Tua Sakti terima dengan redha.. dan disini bermulanya Tok Tua Sakti mencari Tok Kelana yang telah lama hilang.. Disini detiknya Tok Kelana kembali mengenal diri yang lama ditinggalkan. Daripada ceritera hidup semalam.. Tok Tua Sakti mula ke Pondok bermula pada titik permulaan hidup. Mengenal dan mencari diri Tok Kelana yang telah hilang 3 tahun lalu. Tapi AKU terasa semakin kehilangan samada Tok Tua Sakti mahupun Tok Kelana yang dulu. Kini orang yang aku kenali sejak 5 tahun yang lalu sangat2 berubah. Sehingga aku sendiri keliru. Bila detik ini aku amat takut untuk mengenalinya, biar suara yang bercerita itu ceria tapi disebalik tu penuh dendam dan marah, kecewa dan sedih. Pantang bergurau sedikit pantang bercakap lebih... DIA yang aku kenali mudah MELENTING, mudah MARAH, dan semakin lama semakin mengelak untuk bercakap dengan aku. Dan untuk sekelian kalinya... aku menangis.... untuk meluahkan kerisauan dan kesedihan yang terbuku dihati....
Tapi waktu ini aku kene faham... Tok Tua Sakti mencari Tok Kelana memang mengambil masa.. Mungkin DIA perlu untuk menyendiri, mencari kelemahan diri, mengenal kembali diri yang telah lama hilang.. Bg sahabat yang setia, hanya perlu memberi sokongan dan dorongan dari jauh
Tok Tua Sakti, andai ketemu dengan Tok Kelana.. jangan lupakan kami....
ikan todak;aku:
-
Assalamualaikum dan salam kasih sayang, semalam teman pi beli barang dapur
kat manjung, tetiba teman nampak binatang ni dan korang pun kenal kan
hehehehe....
13 years ago

0 comments:
Post a Comment
Komen la kalu berani hehe... dan Terima kasih atas komen anda semua... ::Melati Puteh::