Tinggal sehari lagi untuk menyambut tahun baru 2009. Tahun 2008 ini banyak meninggalkan kenangan SUKA & DUKA kan...? Hehehe macam aku jugak. Untuk negara kita da macam2 perkara yang timbul dengan isu penyakit, isu politik, isu ekonomi dan isu global..tidak lupa juga dengan isu bencana alam dengan kes dekat Bukit Antarabangsa.. em aku ni kureng sikit pasal hal2 luar ni sebab lifestyle aku, rumah takde TV ade internet je.. dari internet bleh dengar ar radio tapi setakat ni hanya leh dengar HOT FM je.. kalu nak dengar yang lain tak tau lagi.. address untuk internet ape.. Pastu nak tengok TV3 plak buffering lagi.. then sekarang ni plak kene sign up plak ...bosan!!
Tapi takpe kita ade cara kita untuk terus tidak ketinggalan.. Sepanjang tahun 2008 banyak perkara baru yang kita temui. Dulu awl tahun 2008 aku tidak menjangka yang aku akan dapat keja di KL. Yelah aku bukannya suka berjalan jauh, dalam pemikiran aku pun aku akan menjadi sorang yang kureng sikit. Area KL kan biasa lah.. tp alhamdulillah.. aku jumpa kawan2 yang amat baik dan memahami aku. Disamping aku masih ada kawan2 yang sedia ada sejak zaman kolej dulu. Biarpun dulu tidak serapat dan seakrab mana tapi bila ada di situ menjadi seperti adik beradik.. Each one looking each other.. Hehehe best kan?
Memang terlalu banyak perkara untuk dikongsi bersama, even suka duka ngan teman, suka duka ngan SI DIA, hehehe macam2 tau... Waktu SUKA jadikan KENANGAN YANG PALING INDAH waktu DUKA jadikan PENGALAMAN YANG BERMAKNA. Dan insyaAllah tahun akan datang kita akan terus ceria tanpa terus mengingati kenangan yang sedih. Dulu pun aku banyak gak kenangan yang INDAH dengan sahabat baik aku dan even dengan si dia hehe same jugak ngan yang sedih kan. Sekarang ni masa berlalu dengan cepat je, tak sangka pejam celik dah hujung tahun.
Untuk tahun mendatang ni aku lebih tumpukan kepada keja je dulu. Biarpun sekarang ni usia makin meningkat (but im still young). Kawen?? nanti dulu calon ade.. bukan takde cuma belum bersedia. Macam aku ngan kawan2 aku borak semalam kat kedai MMZ kalu nk bersanding (kawen) berdiri kat depan sudah tu nampak lak kengkawan yang tak boleh blah kat depan tu em comfirm gelak memanjang je la kawan tu... hehehe lawak jugak kan. Sekarang ni soalan mesti orang tanya "ape azam tahun baru??" hehe aku tak tau ape azam baru aku. Aku lak? Jangan terkejut aku tak pernah pasang azam baru ke ape ke, bukan sebab aku tiada pendirian tapi azam itu belum lagi. Lagipun bg aku azam ni bila2 masa je bleh pasang.
Tapi buat masa ni aku nak betulkan koleksi novel aku ngan komik aku. Aku antara pengumpul buku komik MIDORI HARI HARI dan Novel hasil daripada penulis RAMLEE AWG MURSHED huhu best giler buku2 ni. Biarpun komik sebenarnya boleh dibaca dalam online komik tapi aku lagi prefer buku. Ade kenangan... Untuk tarikh 31st Dec 2008 dan 1st Jan 2009 aku kene beli buku sebagai tanda tarikh tu. Aku ngan kawan baik aku comfirm pas ni cari buku. Biasa ar kami suka membaca, cuma aku sorang je penulis yang aku minat tapi kawan aku tu minat gak hasil penulisan AYAT2 CINTA jalan cerita yang penuh ketuhanan. But still we have same Hobbies.
Ok lah sekarang ni there is no such idea to written here just to wish to u all that
HAPPY NEW YEAR!!!
Have a very nice YEAR huhu
~sweet memories~

0 comments:
Post a Comment
Komen la kalu berani hehe... dan Terima kasih atas komen anda semua... ::Melati Puteh::