Salam buat sahabat dan sekalian muslimin..
Hari ini bermulalah tahun baru Islam.. moga2 tahun ini akan sentiasa membawa keberkatan kepada umat manusia.. Mohon kesejahteraan dan kerahmatan dari Allah.. Moga kita sentiasa berada dibawah nauganNya..Amin
Doa Akhir Tahun
Maksudnya:Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Semoga Allah cucurkan Rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.Ya Allah wahai Tuhanku, perkara-perkara yang telah aku lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka aku belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tidak meredhainya dan Engkau tidak melupakannya (Tuhan yang tidak bersifat lupa) dan Engkau berlembut tidak mengazabku malah memberi peluang supaya aku bertaubat selepas aku melakukan maksiat itu. Maka aku memohon keampunanMu.Ya Allah, ampunilah aku dan mana-mana perbuatan yang telah aku lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan pahalanya. Maka aku mohon diperkenankan perbuatan (amal bakti) yang telah aku lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapanku. Ya Allah yang Maha Pemurah .Semoga Allah cucurkan Rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.
Doa Awl Tahun
Maksudnya:Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka
Dianjurkan membaca Doa akhir tahun sebanyak 3 kali selepas solat Asar dan doa Awal tahun sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib
::Ceritera MelatiPuteh::


