Friday, November 6, 2009

Maklumbalas amanat AYAHANDA hehehe

2 comments
"LATE POST"

Wahai ayahanda yang terchenta,

Arini bermulanya amanat mu untuk ku laksanakan...
Pagi ini anakanda da bg makan IKAN Aruwana = Anakanda terjerit2 sambil takut cengkerik itu melompat ke tempat anakanda.. hehe anakanda bagi makan 5 ekor je.. yang sekor lagi melompat dan anakanda takut nak amik hehe...

Pastu anakanda bagi makan ikan kat kolam tu, yang itu mudah anakanda hanya lempar2 sahaja makanan ikan tu... hehehe sewonok..

Ayam kat reban plak anakanda takut nak bagi makan... sebab ibu aym garang! hehe arini aym tak makan hehehehe maafkan anakanda ye..

Pastu kejadian arini plak AIR takde... em tak pe anakanda ade kan.. hehehe

itu sahaja buat kali ini ayahanda... muah

salam sayang,
::Anakanda LADY::

Dengkur!!

4 comments
Salam semua....

Hari ini entries aku ni menceritakan tentang DENGKUR.... erm???nape aku ceritakan semua ini ek? haha sebabnya ade cerita lawak dari DENGKURAN ini haha... cerita camni..

AKU+BONDA+AUNI tido sesama dalam bilik AUNI.. dan ini kali pertama jugak aku tido bersama2 BONDA.. yang paling best cerita ini bila BONDA dah tido (ape yang paling best ngan BONDA die tido macam kawan aku SWANDY.. bile tido tak pikir ape2 lagi letak kepala dan belayar zzzzzzzz)

So, malam tu pertama kali ar kan.. BONDA ni da mule belayar ar.. AKU + AUNI tak tido lagi kami masih memain... tak lama tu... AKU + AUNI senyap.. sebab kami terdengar bunyi asing sekali.... (aku ni terkejut gak ade gak ar rase seram2 hehe)... kemudian
"bunyi apa tu aunty BB" Auni dengan petahnya bertanya memecah kesunyian
huhu aku pun bagitau ar si kecik ni...
"cuba tanya NENEK bunyi apa tu..." sambil2 menahan tawa
Auni ni dengan lurus bendul tanya BONDAku soalan yang sama die tanya aku..
"bunyi apa tu nenek??" hehehe aku tak tahan so aku terus gelak... BONDA aku tido berdengkur rupa2nya terasa lucu sangat malam tu aku gelak, auni gelak, bonda pun gelak hahahaha yelah bg aku itu perkara pertama kali aku tido dengan BONDA sesudah sekian lama dan ITU merupakan pengalaman yang sangat melucukan....

AKU + BONDA tido dalam tawa...

Disini aku carikan sedikit INFO mengenai BERDENGKUR mane tau berguna untuk anda semua;

Apa itu berdengkur?

Berdengkur adalah bunyi bising semasa bernafas, apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang tersumbat. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang.

Bunyi itu dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain. Berdengkur bertambah kerap mengikut umur dan biasanya tidak membahayakan.


Sebab-sebab berdengkur

Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak. Apabila otot tidak tegang akibat arak atau ubatan yang menyebabkan otot lemah, lidah akan tertolak ke belakang, menutupi aliran udara atau otot tekak tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan atas. Juga berlaku semasa waktu tidur yang nyenyak

Tisu tekak yang besar dan tebal. Kanak-kanak yang mempunyai tonsil dan tisu adenoid yang membengkak selalunya berdengkur. Orang yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher yang pendek dan besar.

Lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yang panjang. Uvula yang panjang akan mengecilkan rongga pembukaan dari hidung ke tekak. Getaran yang berlebihan dari tisu ini akan mengakibatkan dengkuran.

Saluran pernafasan tersekat. Hidung yang tersumbat dan sukar bernafas menyebabkan individu lebih kerap menyedut udara untuk bernafas. Ini mengakibatkan ruang vakum yang berlebihan di dalam tekak, dan mengakibatkan tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam dan mengakibatkan dengkuran. Antara sebab lain adalah batang hidung yang bengkok, polip dan jangkitan sinus.


Komplakasi

Mengikut kajian Ketua Jabatan dan Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Fakulti Perubatan UKM, Prof. Madya Dr. Abdullah Sani,wanita sanggup melakukan apa sahaja termasuk pembedahan untuk mengatasi masalah ini.

Menurut beliau, selain mengganggu keharmonian di bilik tidur, ia boleh menjurus kepada pergaduhan hingga berlakunya perceraian terutamanya apabila si suami tidak boleh bertolak ansur dalam perkara ini.

Sebaliknya kata Dr. Abdullah, berlainan bagi wanita yang semula jadinya bersifat pemaaf kerana mereka lebih bertolak ansur terhadap suami yang berdengkur.

Tambah beliau lagi, biasanya masyarakat selalu memandang ringan kepada berdengkur.

Katanya, walaupun berdengkur ini dilihat tidak serius tetapi sekiranya ia tidak diubati akan mengakibatkan penyakit lain seperti sleep apnoea yang menyebabkan kegagalan jantung dan angin ahmar.

Beliau yang mengkelaskan berdengkur kepada tiga peringkat:-

* Berdengkur PERINGKAT PERTAMA ialah, berdengkur yang ringan dengan empat atau lima kali dengkuran kemudiannya berhenti dan seterusnya diulangi lagi.

* Kedua, berdengkur yang SEDERHANA iaitu berdengkur berterusan selama 10 hingga 15 minit dan bunyinya yang sama rata.

* Ketiga, berdengkur yang SERIUS diikuti dengan berhentinya pernafasan sehingga terjaga. Kemudiannya akan menarik nafas yang dalam dan keadaan ini diulanginya secara berterusan. Dengkuran ini dipanggil "SLEEP APNOEA"

'Sleep apnea' boleh MEMBAHAYAKAN DIRI dan memerlukan rawatan selanjutnya.


Rawatan

Bolehkah dengkuran yang kuat disembuhkan?

Mendengkur yang TERUK ialah mereka yang berdengkur pada mana-mana kedudukan atau mengganggu orang lain, sepatutnya mencari khidmat nasihat perubatan bagi memastikan keadaan itu bukanlah masalah 'sleep apnea'.

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak akan memeriksa hidung, mulut, tekak, lelangit dan leher mendengkur.

Kajian semasa tidur yang dilakukan di dalam 'makmal tidur' perlu bagi mengenal pasti tahap keseriusan dengkuran dan kesan kesihatan ke atas mendengkur tersebut.


Rawatan untuk dengkur

Rawatan adalah bergantung kepada diagnosis yang dibuat. Pemeriksaan akan menunjukkan dengkur adalah disebabkan oleh alahan hidung, jangkitan, kecacatan atau masalah tonsil dan "ADENOID".

Rawatan diberi mengikut sebab-sebab yang dikenal pasti.


Pencegahan

Petua untuk mengurangkan dengkuran:

:: Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan
:: Kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur
:: Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur
:: Elak pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat
:: Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari
:: Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang
:: Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang

Cara lain atasi berdengkur:

:: Kaedah lama pula dengan cara menjahitkan poket di belakang baju atau seluar dan masukkan bola tenis ke dalam poket yang telah dijahit.

maklumat dari;


.:Ceritera Lady:.

Auni Demam

0 comments
Salam rindu buat sahabat semua...

Maaf sahabat kerana lambat sangat update blog ni... tapi aku da siap2 kan rangka yang da ade.. Em yang tu nanti2 aku update ok.. Yang penting cerita arini...

Pagi ni alhamdulillah...i mean seawal pagi semalam la.. air rumah ini mula datang tapi sangat2 keruh. So aku memang tido lewat dan pastikan semua gelen penuh hehe.. lagipun aku semalam siapkan keje TOK.. hehehe seronok cari bahan2 dan bile da siap lagi seronok haha.. Penat gak menyiapkan design2 yang macam tu.. banyak kene buat dan pilihan terbaik untuk sahabat aku.. Tapi dengar cerita semua design tu dorang nk.. bleh ar tapi kalu aku aku tak bagi...better pilih only one..

Siang ni plak api mati!! kejap mati kejap ok plak memain plak letrik ni.. Pastu bile da ok aku start masak dan bg makan auni.. Bile aku pegang je budak tu MASYAALLAH.. die DEMAM plak... em risaunya aku..!! Kenapa jadi camni ni.. salah aku ke? oh ye semalam aku mandikan die ngan air sejuk! teruknya aku ni.. then pastu semalam tetiba je mati letrik... auni jerit sakan haha sian gak die.. takut sangat mungkin die terkejut kot tu pasal demam.. hehehe langkah seterusnya aku call BONDA dan inform Auni demam.. nk minta die amik panadol untuk auni ar.. hehe pastu aku lapkan badan die bagi kebah sikit... padan ar takde mood je makan rupa2nya nak demam...

Aku harap2 esok da kebah sikit.. time tido ni plak memang die tak selesa sangat bagi disepaknya aku ngan BONDA.. em sian anak sedara aku ni... Harap die cepat sembuh....

Auni sayang...
Jangan demam2 lagi k
Cepat sembuh ye....

Tuesday, November 3, 2009

dam or DAMN???

0 comments
erm... why got tension this earlier..?? huh DAM!!!
opss DAMN lah salah eja

Monday, November 2, 2009

Ape citer!

0 comments
Ape citer aku ek...

Oh ya hari ni sahabat aku sibuk sekali.. nape aku citer pasal die.. sebab dia akan bercuti sehingga cuti sekolah bermula sebab dia da terlalu BZ untuk memblog dan YM, so mungkin ade kesempatan aku akan ceritakan perihal die.. lagipun takkan ade da anjing2 yang menyalak kat die awl2 pagi...

Ceritera dia; hari ini aku difahamkan seawal pagi lagi sahabat sudah ke kebun untuk menyelesaikan peperangan die di sana.. hehe berperang dengan pacat2 yang sering menghisap darah.. da kenyang lari plak tu... (Aku pernah nampak sewaktu aku di Kem Bukit Nenas.. ish3 da ar kembung, pastu lari nak laju2 plak tu.. hehehehe geli aku naik seram plak...)

Da ar tu.. dalam jam 11 die da balik dari kebun da bersiap2 untuk ke majlis perkahwinan EG adik angkat sayang die.. Sahabat die Gman amik die ar.. Pastu berkumpul kat sana ramai2... yang paling best citer bila perempuan durjana tu datang dengan bakal tunang die.. em.. sahabat aku pun pelik... padahal perempuan itu da memang tak baik dengan adik EG ni sebab die tu adik angkat sahabat..(faham2 jela perempuan tu control BF die) nape dan ape niat die datang situ ek? Bile dengar citer rupa2nya ramai kawan2 sekolah dorang ni memang TAK BAIK dengan perempuan tu. Nape ek?mungkin kawan2 sekolah dorang tu yang tak baik... tapi takkan semua kot dan dalam masa yang sama.. huhuhu LU PIKIO LA SENDIRI Hahaha memang sah perempuan tu yang gampang!! Itu pun masih nak ngaku ramai kawan2 lama dia bertanya kan khabar!! tu pun 1 pihak je dengar

Em.. sampai disana mungkin dia tak disambut dengan baik..MUNGKIN AR.. dengar citer sahabat, hanya sorang je yang rapat ngan die..SORANG JE?? Pastu baru die nak sampaikan khabar kat semua orang yang die nak tunang.. oh cengitu tu plak tujuan die.. bagus2 elok gak tu die datang sane dan nak inform semua.. bagus sangat ar. kehkehkehkeh.. Pastu die kim salam plak dengan sahabat aku melalui budak perempuan tu (takut sangat kot.. macam aku kate dulu hanya orang yang BERSALAH sahaja takut akan KEBENARAN....) dan bila sorang tu sampaikan salam kat sahabat baik aku, kalu niat budak tu baik ar.. takkan ade soalan dari mulut bacul die tu siap kate bleh plak sahabat aku sambut salam tu.. Dan pastu kene sebijik... "aku bukan kafir lagi, tak reti jawab salam" kahkahkahkah padan muka...!!! tu la macik jangan ikut sedap mulut je... ntah ape lah yg die da kene sumbat olh perempuan tu!!! hahaha memang sama ar die ngan perempuan DURJANA itu...!! Tambahan lagi dengar citer balik awl.. tak panas bontot lagi ni, ke da panas telinge ni.. hehehe ooo panaz ni maknyah (versi awan dania lakonan scha) hahaha.. ish3 astaqfirullah teruk betul mulut aku ni....sudah cerita itu!

Lepas tu sahabat aku bawak dorang ni p rumah..oppss kawan2 die je.. ehem2 datang sekali plak tu.. wah2 best ni citer.. bile citer siap makan durian tu tak tahan... aku punya ar sakit ati.. makan durian ramai2 plak dorang ni...eeeee memang sah pokok durian tu majuk kat aku.. takpe aku sampai sane nanti aku jerit lagi teriak lagi.. hah tengok 10 tahun takde durian baru tau :P:P:P hahahahahaha lawak ja...aku ni peminat durian yang setia... sebab dari durian ni lah datangnya tempoyak.. selesai je makan2 kawan2 sekolah sahabat balik....

Then selepas itu sahabat aku p rumah pakcu muse... naik ngan Ijam sekali waktu tu aku ade call die.. yang best leh tanye aku bile nak kawen aku jawab ar tunggu Man kawen dulu hehehe.. dan yang paling aku sedih sekali bila mendengar sora pacik.. ayah ijam.. rindu ngan die. Die ni rajin tegur aku dulu, sekali pun jiran sebelah aje. yelah aku tau adik beradik apak tapi tak rapat sangat. Aku rindu suasana bota.. aku rindu waktu kite mancing sesama, masih ingat mak datang jenguk aku memancing.. hehe sayang mak..

Aku sentiasa merindui KELUARGA D'BOTA....

::Lady::