Tuesday, September 8, 2009

Aku dan Diriku..

0 comments
Salam buat sahabat yang sentiasa dirindui...

Hari ini aku malas sangat buat blog tapi ntah mungkin terlalu banyak untuk aku ceritakan.. Bermula cerita semalam....

Semalam hujan lebat.. bleh dikatakan RIBUT di sini.. dan yang paling best bila air hujan tu dengan ribut bleh masuk rumah.. em bertakung jugak ar rumah ni. Aku baru je nk duduk untuk chating pastu hujan dengan lebat. Sekejap je tau da bertakung air.. So aku pun ngan ayah mula ar bersihkan takungan air. Mak plak kat dapur bersih kan kat dapur.. adik aku.. huh mandi plak. Aku p ar ketuk pintu toilet minta bantuan suh mandi cepat dan tolong ibu di dapur sebab air da mula bertakung. Em hujan tu tak lama pun kejap je dalam setengah jam... da bila da mula berhenti kami masih terus membersihkan rumah hehehe kejap je pun..habis tu ayh dan mak tido..adik aku plak chating dan aku plak MIGRAIN..em sakit hati tul. Mungkin sebab aku kuar tadi waktu hujan turun tu..memang seksa giler ar aku tido awl. Tu pun banyak misscall dan SMS yang aku terima.. huhu sori la tak reply da tido da pun. Huhuhu kemudian cerita hari ini...

Hari ini, takde ape2 yang best.. Cuma seharian ditemani oleh anak sedara Auni Sya'ra hehe arini jugak seawal pagi waktu bersahur aku bermain facebook dan jugak chating. Em bermula hari ini aku ditemani lagi 2 orang adik perempuan aku dan jugak anak sedara aku so tidak ar aku boring.. Pagi tu seperti yang aku cakap aku online kejap dan online FB, abg ipar aku pun online dia ada gak tanya anak comei dia ni..huhuhu sian gak dorang ni. Tapi jangan risau anak dia ok je ngan kami huhuhu... malam2 nenek die yang temankan tido ..aku lak cam biasa tido di ruang tamu ar. Pastu cerita siangnya petang tu tugas aku plak amik mak kat tempat keje dia.. Jauh giler dari tempat aku tapi memandangkan da lama tak bawak laju2 moto ni huhuhu aku punya ar puas.. biarpun jalan kampung dan agak berbahaya sedikit... dan baru 1st time aku ke sana akhirnya aku sampai dengan selamatnya.. OTW balik plak mak aku bising2 huhu sakitnya hati tapi lawak gak die ni aku rasa naik moto tu goyang2 huhu da tu die bising2 plak aku bawak laju huhu tapi lawak jugak ar.... Petang tu Alhamdulillah kami berbuka dengan sederhana sekali hehe ...kenyang yang penuh nikmah puasa.. Cerita tentang esok plak...

Esok cam biasa InsyaAllah kalu bangun awl aku akan online dengan sahabat yang amat2 aku rindui ntah kenapa rindu sangat...aku semakin terasa jurang antara sahabat aku. Makin kosong... Tapi mungkin tiada cerita... Dan semalam jugak aku bermimpi ngeri..sebelum ni mimpi pun same.. ntah ape petande. Aku semakin risau. Ah sudah la pasal tu. Esok aktiviti aku seperti biasa jam 11 depan tv sampai ar jam 2 kemudian bersiap2 dan seterusnya ke KK... abg aku ar ni. Ada hal dengan P****C M****L tu.. aku da malas da tapi nak wat camne... Pegi je la nanti plak dia bising2 kat aku. Em setakat tu je kot. Aku dirumah ni aku paling risau kan anak kucing aku yang menghidap penyakit asma.. hahahaha lawak kan tapi memang betul.. sian kat dia aku xtau nak wat camne lagi.. tapi malam ni aku bg die makan ubat anak buah aku kot.. ape nak jadi pun jadi ar...korang senyap2 je ok???

Thursday, September 3, 2009

No title

0 comments
Salam berbahagia buat sahabat yang dikasihi...

Arini aku banyak kerja yang dibuat. Arini aku bangun lewat sikit hehehe dan lepas bangun pagi tu abg aku ajak ke Office baru dia untuk bisness ar. Asalnya aku tak tau ape bisnes yang dia buat tapi malam ini aku da tau da. Hehehe aku suh sahabat yang baik aku ni untuk join sekali bg masa sehingga 3 ke 5 tahun... em nanti cerita pasal itu ok?

Pagi tu kami pergi ke pekan. Ke office baru abg. Kat situ kami bergotong royong untuk bersihkan office tu dan kami fikir ar camne nak design office tu dan betulkan ape2 yang patut. Lepas tu elok je balik, sampai rumah hujan selebat2nya... memang best giler ar ujan. Tapi sempat jugak ar chating jap then sebab kan solat aku ni asyik tertangguh aku offline dan terus solat... lepas solat pe lagi tido ar...

Bile bangun tido aku mula ar ke dapur untuk kemas2 dan mula untuk memasak. Aku masak sayur dan ikan rebus je takde yang spesel sebab kene jaga jugak pemakanan nenda yang semakin uzur. Dan untuk memperhangatkan lagi cerita hari ini... petang tu adik amik bonda dan dorang singgah kat bazar..Sekali bonda balik...huh lauk arini sahaja ada 8 jenis.. hahaha tapi semua dalam kuantiti yang sedikit cuma pelbagai jenis lauk.. em bising ar kami semua aku plak siap bagi tips lagi kalu pergi ke bazar bawak duit cukup2 sahaja.. dan die memang berhasil...

Oklah aku tak nak cerita panjang sebab badan aku da mula gatal2 tangan aku da mula calar2 aku nak bersiap untuk ubat luka dan tido kepala dah mula pening2 plak... ok la nite...

Tuesday, September 1, 2009

Aktiviti 31 August

0 comments
Me, My Mom n My sista... gambar depa blurr sebab tengah berjalan huhuhuhu


adik aku ni sekeh kepala kang baru tau orang nak amik gambar buat2 mulut plak sib baik gambar blurrrr

the 3 of them


aku dalam kete seawl pagi


Salam berbahagia buat sahabat yang membaca blog aku ni.. Salam Melayu, dan Salam 1 Malaysia....

Arini seawal pagi aku ngan adik2 serta Mama ku pergi ke Pusat Bandaraya Kota Kinabalu.. tujuan kami untuk beli baju raya adik aku ngan aku sekali ar hahaha kan baju aku tak siap lagi. Sampai kk singgah rumah kakak aku dan aku berjumpa lagi dengan anak buah aku. Bestnya ngan dia bila dia jumpa aku, aku nampak dia dengan mata yang kesian. Aku tanya jika dia masih marah.. dia kate kan tidak huhuhuhu rasa2 nak nangis tau bila tau ank buah aku camtu. Yelah kalu dibayangkan kejadian semalam memang ar menyedihkan aku. Semalaman aku asyik fikir dia je. Huhu tapi hajat aku tercapai jugak...

Ok cerita tentang perjalanan kami selepas dari rumah kakak, kami mulakan perjalanan ke Pusat Bandar nk beli baju tu la mula2 kami singgah di kawasan Sinsuran.. Sahabat aku pernah pergi sekali ntah pasti atau tidak dia ingat lagi.. kat sana mama aku jumpa baju untuk adik aku dari indon nanti.. baju color ijau sama color dengan baju yang aku belikan untuk sahabat aku. Bila aku nampak baju tu pasti aku terkenang sahabat aku tu. Bila sampai ke sana aku mula ar mencari baju kurung hijau.. sepanjang tempat tu aku cari masih tak ada lagi yang berkenan aku rasa nak nangis je... last2 tu aku da malas dan aku kecewa so aku tak nak lagi ada baju raya.. tidak lupa plak dengan sahabat aku yang setiap masa aku sms dan inform keadaan aku camne.. bleh die gelakkan aku dan suh aje aku pakai tempurung????!!!!hampeh sehampeh2 nya..!!

Em sudah disitu aku ajak semua p TONG'S adik aku nk beli baju TShirt.. mama pun sama. So aku pun same ar. Tak nak lepaskan peluang. Aku nak jugak beli baju T-Shirt... penyudahnya aku dapat 2 TShirt dan jugak bra hehehe best jugak la.. Bila tawaf kawasan tu aku nampak satu baju lagi yang amat2 cantik dan aku suka baju tu tapi sayang nya baju tu mahal dalam RM189. Huh almost RM200... so aku cari lagi lain. Dan aku nampak satu yang amat simple dan mula menarik minat aku so aku pun amik je lah tanpa fikir panjang. Aku try kat fitting room dan aku senang hati dengan baju tu.. Color Hijau jugak la.. aku amik tanpa fikir panjang da malas sangat nak pilih2.

Da habis shopping aku ngan famili balik ar. Tapi kami nak singgah kat rumah kakak dan jumpa dorang lagi. OTW ntah kenapa aku da mula tak sihat, aku mula pening2 dan rasa nak muntah.. giler betul ni. Aku betul2 tak tahan lagi. Lepas tu dorang plak nak singgah beli buah lagi.. habis ar bertambah2 pening ar aku ni. Sampai aje kat supermarket tu aku terus turun dan cari tempat untuk beristirehat. Dan aku sempat beli vitegen apple untuk anak buah aku sebagai ganti supaya dorang tak lagi gaduh2 ngan aku...Aku harap2 ar camtu. Bila da habis shopping lagi, kami OTW ke Bandar Sierra.. Sampai sana aku terus cari toilet.. aku muntah2 hehehe pening tahap gaban da ni. Lepas tu aku amik masa sejam untuk tido.. aku ngan adik2 yang lain pun sama mama je lah tak tido. Layan cucu ar tu. Aku pun sempat jugak sebelum aku tido melayan anak buah ni cerita mengenai dorang ke One Borneo.. Em cerita tentang One Borneo ni waktu kawan aku datang dia tak sempat nak singgah sini sebab tak siap lagi. Dan kini besar One Borneo sama seperti Mid Valley.. em ada jugak la yang Best kat sini.

Ok habis cerita tu, lepas sejam aku bangun dan nak bertolak balik.. Abg Aniq tido so Adik Auni sahaja yang ada aku peluk cium dia dan balik.. Sebenarnya pening aku masih tak hilang lagi.. sepanjang perjalanan kami tu aku tido bila singgah kat Bazar Tuaran mama beli lauk untuk berbuka. Lepas tu kami terus balik hehehe yang paling lawak bila aku otw balik tu aku minta adik aku berhenti tengah jalan hehehehe aku cam biasa ar keluarkan ape yang patut...Dalam perjalanan tu sempat jugak ORANG TUA tu call ayat yang keluar dari mulut dia "da jumpe ke papa awk tu?" em sakit hati plak dengar. Biarlah meluat!!!Lepas tu bila sampai kat rumah... lagi aku kuarkan apa yang patut jugak. Hahahaha da banyak kali bayangkan la camne keadaan aku, da ar posa memang terhidrat sungguh badan ni. Sampai he aku tak fikir ape lagi, aku amik bantal dan terus tido. Elok nk berbuka tu, mama kejutkan aku.. terpaksa ar berbuka. Makan kuih dengan laksa.. em makanan yang aku cari2 kan benda masam. Lepas kemas meja aku terus mandi... segarkan diri dan bersiap2 untuk tido. Hahaha tak tunggu lama aku tido, paling awl..

Selamat Hari Lahir MAMA

0 comments
Salam buat sahabat yang dikasihi dan amat2 dirindui...

Salam sayang jugak buat bonda ku sempena Hari Lahir dia bertarikh 30 August 1954..Tahun ini genap 55 tahun bondaku.. Sayang buat bonda moga dipanjangkan umur dan diberkati Allah..Mendapat kesihatan yang baik sepanjang hidupnya.


Pagi ahad tu, mama aku ada tanya pada ayah apa yang nk diberikan padanya sempena hari jadi huhuhu manje jugak ngan ayah.. Dan bila tau tu aku terus ucapkan selamat hari lahir. Aku sebenarnya da buat reminder kat HP aku semalam da berbunyi tepat jam 12 tapi takkan nak kejutkan dia plak kan hahahaha. So lepas kami wish kat mama kami tido tunggu waktu petang.. huhuhu yelah aku lagi ar ngantuk semalam da ar tido lewat da tu sahur plak tunggu sampai jam 5 solat subuh tido lagi bangun punya awl tak bangun awl kang ade plak kene amukan raksasa hehehe ok habis cerita itu

Petang tu aku nak ajak adik aku p bazar. Aku duk di beranda rumah dengan adik piah dan kakak dayang. Kami bincang2 untuk buat birthday mama.. Kumpul duit ar untuk beli kek tu.. Tp kemalasan aku untuk kuar da naik kepala ...malasnya waktu tu tapi adik aku tetap nak suh ajak kuar, lagipun abg ipar aku kate p ar kuar beli barang... Em terpaksa ar. Aku bersiap2 aku ngan adik piah keluar g beli barang. Tempat pertama sekali kami pergi.. kat bazar. Aku beli seperti biase makanan yang aku minati tapi belanje aku memang totally out...antara senarainya
Murtabak = RM3 (3 keping)
Kuih Karipap = RM2 (10 ulas)
Kuih Bingka = RM2 (10 ulas)
Air tebu = RM4
Total = RM11 huhuhu habis duit aku...

Em lepas tu aku beli italk untuk internet.. hilang lagi RM10 lagi. Pastu kami p cari kek untuk mama cari punya cari tak jumpa.2 buah kedai di cari last2 pilihan akhir kami kedai Gandy. Bukan pe kat kedai ni jarang ada yang guna fresh cream... tapi waktu tu kami memang bertuah memang ada ar kek tu.. Kek buah plak tu. Em jadi ar untuk mama aku. Harga jangan tahu la.. janji memang kek tu dari anak2 dia dan best hadiah untuk mama...

Bile ek nak potong kek?? Lepas waktu Isyak.. malam tu mama potong kek dengan adik auni.. hehehe lawak tau adik auni. Cuma yang paling menyedihkan bila Abg Aniq marah2 kat aku hehe sedey tau bila dia nangis2 dan marah kat aku sampai dia tetido. Ish aku rasa bersalah sangat.

Apa yang paling menyedih kan bila aku pujuk langsung dia tak nak layan aku siap nak suh aku kuar lagi... "auntie bb go there!!" sedey tau.. da ar malam tu dorang balik urgent ish3... selesai semua ni aku bad mood tapi bila da rancang2 nak p kk esok harinya hati ku kembali berbunga ceria. Dan bila aku naikkan post status kat YM ''Esok p kk berjumpa dengan....???huhuhu bestnya" huhu saje je aku naik kan da tekaan aku betul bila ORANG TUA tu ym aku hehehehe tapi sakit hati bertambah2... em..sudah ar malas nak layan orang tua tu janji aku ngan sahabat aku happy.. aku akan bertemu dengan anak buah aku esok... happynyeeeeeee

Sabtu yang CERIA!

0 comments
Salam blog bg semua sahabat yang dikasihi...

Sudah beberapa hari aku tidak menulis blog ini, kalu aku tengok sahabat aku punya blog banyak cerita2 yang sangat2 menarik perhatian dan menarik akal untuk membaca, lebih2 lagi bila ada cerita mengenai HAMPEH SEHAMPEH2 NYA hehehehe seronok baca tau. Setiap kali aku baca, keras perut aku nak baca tu.

Ok la cerita tentang minggu lalu. Jumaat tu adik aku, Bonda dan jugak Abg aku balik awl ke Kota Belud. Tapi sampai sekitar jam 9 jugak la selepas habis terawih di sini. Aku amat merindui bonda ku dan jugak adikku serta abg ar hehehe tapi syg nya bonda ku sampai ada sahaja yang di komen nya mengenai rumah ni. Ada sahaja pandangan nya mengenai bunga2 yang ditinggalkan lama dan alasannya tetap aku yang bersalah. Aku jugak!! Tapi biarlah aku diamkan sahaja da semakin sakit hati aku kadang2 meletup dan membuat dia terdiam hehehehehehe aiyoo derhaka giler MAAF BONDA...

Hehehe..esoknya aku ngan adik aku sedaya upaya untuk belajar menjahit baju kurung.. hehehehe habis la aku da ada kain 4 pasang kain tapi tak dapat nak jahit yelah aku da agak lambat ar ni untuk minta tailor jahitkan boleh ar gak dorang jahitkan tapi comfirm ar seminggu selepas raya siap hehehe sakitnya hati ku. So nak atau tak nak aku kene ar minta adik aku buat.... so kami mulakan dengan kain aku yang warna hitam dahulu, pastu yang coklat. Aku payah nak terangkan kain mana satu sebab yang tau tu hanya sahabat aku, yang pernah tengok. Bila potong punya potong cubaan untuk kedua2 kain ini gagal. Sebab bunyanya salah. aduh sakitnya hati padahal kain itu la yang aku suka sekali. Dan kain tu pemberian sahabat aku. Nampak gayanya terpaksa ar aku berikan kepada adik.. sebab dia bleh betulkan jahitan tersebut mengikut saiz dia huhuhu sedey siut.. Last tu kami potong kain yang aku beli kat Manjung dengan famili aku disana. Aku pilih hijau sebab mengikut tema tahunan di SSCC, cantik tau kain tu. Tp sehingga kini masih tak siap lagi. Huhuhuhuhu...

Petang tu kakak aku datang dengan anak2 buah aku. Aku amat rindukan dorang sangat2. Aku tunggu punya tunggu bila dorang sampai kedua2 anak buah aku tu tido..alamak lambat lagi aku nak kacau dorang ni. Adik bongsu aku ikut sekali rupanya dia balik seminggu. Em...rindu gak ngan dia. Then sejam kemudian abang Aniq bangun..hehehe ayat pertama dia bagitau aku "dont want friend auntie bb" aiyoo..awl2 lagi da gaduh ngan auntie ek?takpe ar janji aku rindu sangat kat dorang.. Yelah layan tak layan je la anak buah aku ni da marah ngan auntie hehehe aku tau bukan lama jugak dia camtu elok tu nanti dia ok la. Petang tu aku ajak adk aku ke bazar nak beli makan untuk berbuka kan... tapi aku tak jadi pegi sebab aku da janji dengan ayahanda untuk ke Kebun belakang rumah. So adik aku piah pergi ke bazar, ngan adik asip serta ibu aku...

Aku lak ngan ayah pegi ke kebun petang tu, aku siap dengan topi dan aku bawak batang galah. Sampai di kebun aku tengok tempat kawasan kami ni memang ada pagar supaya orang tidak keluar masuk tapi tak sangka sampai aku kesana ngan ayah seperti yang aku jangka ada orang menyelinap masuk dan mengintai mangga kami kat sana... erm sakit ati tu memang ar sakit ati. Ohye sebelum lupa kebun kat belakang rumah ni ada pokok mangga manila, pokok mangga air (masam manis rasanya) durian (tak matang lagi tunggu 7 tahun lagi),dan pokok pisang. So tujuan kami ke kebun ni untuk kutip ar buah mangga. Pokok mangga ni banyak tapi sayang ar kalu bagi orang lain makan. Lagipun mangga tu kalu di jual memang untung. Yang duduk situ plak orang PATI dari Filipin. Em dorang ni bukan nak peduli tanah orang ke harta orang ke kalu da dapat bukan nak ingat orang...sakit ati tau tak. Ni sebab JKK tu la yang jaga dorang. Da tu menyusahkan orang plak. Erm...sampai sana tugas ayah jolok buah mangga dan aku plak tukang kutip.. Kite ni nak kutip mangga kene ada caranya. Ayah jolok mangga, aku kira berapa banyak jatuh dan kutip ar mengikut kiraan tu. Hehehe tak ar kita penat mencari kan?? Lagipun menjimatkan masa hehehehehe tapi apa yang paling sakit bila aku seronok2 nak kutip buah mangga tu ayah tetiba jolok lagi jatuh kat tangan aku huh sakit jugak ar sekali pun mangga tu kecik. Bleh ada kesan jugak tu tau. Lagipun waktu tu aku ada pegang hp, hp kesayangan aku ni jatuh ar. Sian hp ni segala2nya disini.. huhuhuhu

Em penat jugak tau bila da berkebun ni berpeluh2 ni jangan kira ar. Tapi happy ar dengan hasil yang kami perolehi biar pun tak banyak yang kami amik ada jugak ar 3 bakul plastik besar. Ada lagi kat pokok tapi aku je nak balik awl hahahahaha. Elok kami sampai group yang ditugaskan ke bazar pun sampai. Hehe sama dengan waktu kami balik sejam je. Hehehe dan waktu aku balik tu anak buah aku Adik Auni da bangun dia kalu jumpa orang memang akan dapat "big hug" seronok dia manje2 kat aku ni. Aku ni da ar berpeluh tepat jam 530 tu nak mandi tak larat ar panas giler dan berpeluh2 ni. Bila aku suarakan nak mandi tetiba plak... "want mandi with auntie bb" ah sudah aku ni bukan tak suka nak mandikan tapi em... memang ikut mandi sekali ar ni nanti. Bila aku nak mandikan adik..comfirm2 abang pun nak mandi huhuhuhu 2 2 ar sekali aku mandi kan. Punya la best nak main2 ngan dorang dan punya la degil sekali. Macam2 suh sabun nak sabun sendiri hehehe payah tul la dan yang pasti aku basah erm..sib baik aku nak mandi.

Elok dengan tu da wangi2 aku pakai kan baju tugas aku selesai. Aku p mandi dan bersiap2 untuk berbuka.. da selesai cerita yang aku ingin ceritakan nanti aku postkan entries lain lagi.. k


29082009 - Sabtu yang ceria
aku ngan ayah tersayang

ayah jolok mangga

huhu ayah pasang galah