Saturday, June 27, 2009

beri peluang..

0 comments
..bg peluang.. masih ada harapan lagi...

Jangan jadikan perkara ini terus keruh, Allah Maha Adil, mungkin ini ujian buat kalian...

Tolong beri peluang...

Friday, June 26, 2009

Maafkan Aku

0 comments
Maafkan aku..

Aku tidak tau bagaimana untuk betulkan keadaan, aku sudah mencuba banyak kali. Mungkin betul semua ini salah aku.. biarpun ada yang menidakkan nya.. Aku yang bersikap bodoh...

Aku tau dari aku puncanya dan semua ini berlaku. Dan aku tau penyesalan apa pun tidak akan dapat mengubah apa2 pun. Maafkan aku.. Aku sayang sahabatku... Kerana kau sahabat yang setia

Maafkan aku...Aku minta maaf

Moga dapat ku betulkan perkara ini.. aku bermohon.. harap2 aku dapat betulkan keadaan semula
Aku bermohon Ya Allah beri la aku peluang untuk membetulkan keadaan ini, kerna aku tau untuk ulang semula masa takkan berlaku... berilah aku peluang untuk betulkan keadaan

Monday, June 22, 2009

Kesedihan yang AMAT

4 comments
Hari ni detik jam 12 cukup 26 tahun aku dilahirkan dan membesar dimuka bumi ini... Tak sangka masa berlalu dengan begitu cepat.. sedang zaman aku kecil2 dulu masih segar dalam ingatan sehingga kini..dah 26 tahun aku SUDAH CUKUP DEWASA!

Em seperti yang dijangka sama seperti yang terjadi pada tahun2 lepas... aku tunggu SMS dari FAMILI aku.. dan sehingga detik 1230 aku masih tidak terima apa2 wishes pun dari mereka.. sungguh aku terkilan.. mungkin jugak famili aku terlupa.. tapi sekarang kan canggih Handphone bleh set reminder kalu takut terlupa.. Oleh Sebab Itu... TIADA ALASAN UNTUK TERLUPA.. tapi tidak mengapa mungkin jugak famili aku da tido, masing2 da keje kan..mungkin aku terima wishes esok... mungkin lusa... mungkin tahun depan.. atau mungkin aku memang tiada dalam kamus hidup dorang...siannya aku...

Tahun lepas pun aku terima SMS dari abg ipar aku sahaja... itu pun sudah lepas.. dannnn... ah sudah la nak cerita malas.. aku bukan mengharap hadiah yang mahal2 aku tak mengharap sambutan hari jadi sebab aku sendiri boleh buat.. tapi aku mengharap sangat biarpun kesibukan biarpun masing2 da ada komitmen lain.. cuma aku minta diINGATI sahaja.. lebih2 lagi famili aku sebab itu yang amat bermakna... tapi mungkin jugak aku ini bukan sape2... dan tiada makna pun...!!


Lagi sehingga detik ini.. aku terima SMS dari IJUN (sms pertama aku terima wishes untuk aku..huhu) dan Diya.. thanx kawan... dan memang sahabat aku melupakan aku...either Tok Tua Sakti atau Ad@m... orang paling penting dalam hidup aku selepas famili..orang ke2 yang aku harap2 kan!!! Tok Tua Sakti dah tido, dia tak ingat kot.. takpe lain tahun plak... itupun kalu masih ingat...sebab macam aku bagitau ar... aku pun mungkin bukan sape2 untuk dorang.. tak pe.. janji aku ingat kat korang.. hidup ini LUMRAH aku tidak akan sentiasa gembira... tp biar la aku melihat orang disekeliling aku gembira.. kerana sahabatku; kegembiraan kau adalah kegembiraan aku..!!

Sedih giler hidup ini....!!!!!!!!

nite....

Wednesday, June 17, 2009

Kenangan ku d'Bota

0 comments
Ok la ni gambar kami semasa ada kat BOTE aritu... aku tak dan nak cerita apa2 kat sini sebab aku memang tak ingat ape pun.. mungkin saat ini aku amat penat sebab semalam baru balik dari Bote sampai rumah dalam jam 1 am.. rasa nya lah.. huhu sungguh aku lupa sangat apa cerita yang ada... tapi bila aku kembali aku akan tambah sahaja cerita dalam entries ini k? sambil2 tu tengok2 ar gambar yang sempat kami amik tanpa edit... huhu
























Saturday, June 13, 2009

Salah aku ke??

2 comments
Kenapa semua ini berlaku???
Salah aku ker??
Aku tidak mahu dia terluka...kerana dia NYAWAKU, TAWAKU, TANGISKU....

"Ya Allah berikan lah dia kekuatan.. Berikan lah dia kebahagiaan.. Andai perlu Kau tarik kebahagiaan ku, aku rela... Kerana dia 'NYAWAKU'

Biar aku LILIN, janji dia gembira kerana aku turut gembira
Biar aku PIKUL BEBANNYA, janji dia bahagia kerana aku turut bahagia.."


Napa semua ni terjadi?Aku minta maaf...
MAAFKAN AKU!!!